Talasemia

Masa Depan Anak Anda Ditangan Anda.

Adakah anda pembawa Gen Talasemia?

Fakta: 1 DALAM 20 RAKYAT MALAYSIA ADALAH PEMBAWA GEN INI !!

  • Jika anda pembawa Gen Talasemia, elakkan perkahwinan sesama pembawa Gen ini.
  • Seorang pembawa boleh menurunkan Gen Talasemia ini kepada anak-anak.
  • Jika kedua ibu bapa adalah pembawa Gen Talasemia, berkemungkinan tinggi risiko 25% setiap kehamilan melahirkan bayi perpenyakit Talasemia.
  • Pembawa Gen Talasemia tidak menunjukkan tanda atau masalah kesihatan.
  • Pengesanan hanya boleh dibuat melalui ujian saringan Talasemia.

MASA DEPAN ANAK ANDA ADALAH DI TANGAN ANDA.

JALANILAH UJIAN TALASEMIA.
Ujian Saringan Talasemia boleh dibuat di semua Klinik Kesihatan dan Hospital Tuanku Fauziah.