Keratan Akhbar

Berita Kesihatan Dalam dan Luar Negeri

Carian Lain

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Azman Abu Bakar (tiga dari kiri) melakukan gimik perasmian pada Majlis Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Semai Bakti, Felda Bukit Goh, Kuantan. Turut bersama Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sha'ari Ngadiman (dua dari kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Sohaimi Mohamed Shah (dua dari kiri). - Foto Muhd Asyraf Sawal


6 Mac 2018 PUTRAJAYA: Sebanyak 26,168 kes tuberculosis (Tibi) dilaporkan sepanjang tahun lalu di negara ini, peningkatan lapan peratus berbanding 24,220 kes pada 2015.

Kementerian Kesihatan memaklumkan, kadar kematian akibat Tibi juga meningkat kepada 6.8 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun lalu, berbanding 5.5 bagi setiap 100,000 pada 2015.

Kes baharu penyakit kusta juga meningkat, dengan 214 kes pada tahun lalu, peningkatan 3.8 peratus berbanding 2016.

"Sebanyak 13 kes baharu membabitan kanak-kanak, yang menunjukkan masih terdapat jangkitan baharu kusta dalam komuniti.

"Lapan kes baharu yang dikesan adalah dengan Kecacatan Gred 2 (G2D)," katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia 2018 peringkat kebangsaan.

Kementerian memaklumkan, pengesanan dan rawatan awal penyakit Tibi dan kusta sangat penting bagi mengawal penularan penyakit itu.

"Pesakit yang sudah memulakan rawatan perlu menghabiskan rawatan selama sekurang-kurangnya enam bulan bagi penyakit Tibi dan enam bulan hingga 18 bulan bagi penyakit kusta.

"Pesakit yang terhenti rawatan boleh merebakkan semula kuman Tibi kepada masyarakat. Pada 2016, terdapat 1,226 kes pesakit Tibi yang terhenti rawatan," katanya.

Sumber: Berita Harian