Keratan Akhbar

Berita Kesihatan Dalam dan Luar Negeri

Oleh :Anuar Che Amat

KANGAR, 25 Sept (Malaysiaaktif) – RM 2.9 billion telah dibelanjakan oleh kerajaan sejak 2010 untuk merawat pelbagai penyakit yang di sebabkan oleh rokok. 5 juta perokok di kesan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2015 berbanding 4.7 juta pada tahun 2011 dan 3.1 juta orang pada 2010.

Perkara itu di nyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis,Tuan Haji Jafperi Othman ketika menbacakan teks ucapan perasmian mewakili Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di majlis perasmian Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dan Kem Nak Sihat Peringkat Negeri Perlis 2016 di Dewan 2020, hari ini.

“Merokok dalam apa jua keadaan boleh memudaratkan kesihatan, bukti saintifik menunjukan tembakau terutamanya rokok mengandungi lebih 7,000 jenis racun dan boleh mendatang pelbagai penyakit terutamanya kanser paru-paru, penyakit kronik dan serangan jantung”, ujarnya lagi di majlis bertemakan Elak Terpedaya, Merokok Membahayakan Kesihatan ini.

Tujuan majlis ini ialah untum menyedarkan masyarakat agar tidak terpedaya dengan bentuk fizikal, warna dan bau tembakau serta produk tembakau yang terbukti mendatangkan masalah kesihatan terutamanya kepada golongan remaja dan kanak-kanak di negeri ini.

“Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah mengerakan usaha mewujudkan Generasi Bebas Amalan Merokok atau “Smoke Free Generation” yang menyasarkan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2009 bagi mendidik masyarakat dari kecil lagi agar tidak terjebak dengan amalan merokok dan kerajaan negeri akan terus menyokong usaha tersebut demi menjadikan rakyat negeri Perlis generasi bebas amalan merokok”, katanya lagi.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis , Datuk Dr. Zaini Hussin yang temui selepas majlis tersebut, di anggarkan seramai 20,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat kompilasi merokok dan pada tahun 2015, 43 peratus golongan lelaki di Malaysia di kesan sebagai perokok berbanding 1.4 peratusnya golongan wanita.

“Terdapat 10 lokasi perkhidmatan berhenti merokok iaitu di Hospital Tengku Fuaziah serta di beberapa klinik di negeri Perlis di sedikan oleh jabatan kesihatan, program ini bertujuan memberi bantuan kepada individu yang berhasrat untuk berhenti merokok tidak kira rokok biasa atau rokok elektronik.

Data Januari hingga Jun 2016 menunjukan 37 peratus daripada yang telah menerima perkhidmatan ini telah berjaya berhenti merokok”, ujarnya lagi

“Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis,Majlis Perbandaran Kangar dan Jabatan Perairan dan Saliran sedang mewartakan semua Taman Awam di negeri ini sebagai kawasan larangan merokok, kerana taman tersebut sering di kunjungi orang ramai untuk beriadah. Pada Januari hingga Jun 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah membuat 378 operasi mengenai kesalahan di sebabkan rokok dan telah mengeluarkan sebanyak 300 kompaun di atas kesalahan berkaian rokok seperti menghisap rokok di tempat awam, penyeludupan rokok dan sebagainya”, ujarnya lagi

Program yang di adakan selama satu hari itu di penuhi dengan pelbagai aktitiviti amalan gaya hidup sihat dan pameran tentang bahaya rokok kepada orang ramai.