Keratan Akhbar

Berita Kesihatan Dalam dan Luar Negeri

PUTRAJAYA 3 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini mengharamkan semua bentuk perkhidmatan rawatan terapi ozon yang ditawarkan di klinik, salun kecantikan dan pihak yang tidak berkelayakan.

Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, perkhidmatan tersebut perlu dihentikan serta-merta dan kegagalan mematuhinya akan dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata, pengharaman itu juga terpakai ke atas mesin terapi ozon yang digunakan untuk rawatan terapi.

“Kementerian menegaskan bahawa terapi ozon merupakan rawatan yang tidak diiktiraf dan boleh menyebabkan komplikasi perubatan termasuklah kematian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Save

Save