Pengenalan Perkhidmatan Kesihatan

UTC – Urban Transformation Centre

Pengenalan Klinik Kesihatan Dan Pergigian UTC

Klinik Kesihatan (KK) dan Pergigian di UTC adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan di UTC Kangar perlis yang mana terletak di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Mula beroperasi pada 20 Oktober 2017 dan Majlis Pra Pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada 23 oktober 2017 yang lalu.

Perkhidmatan yang disediakan di KK UTC adalah :

  • Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD)
  • Pesakit Kronik
  • Kesihatan Ibu & Anak (MCH)
  • Makmal dan Farmasi
  • Perkhidmatan ambulan turut disediakan tetapi berkongsi dengan Klinik Kesihatan Kangar
  • Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang ringkas tanpa x-tray turut disediakan

Perkhidmatan Pergigian di UTC adalah :


 

 

KAWASAN OPERASI KK UTC KANGAR PERLIS

ZON 1

Kampung Sena (KG 2)

1)    Pangsapuri Sena
2)    Kampung Sena
3)    Kampung Sena Hujung

Padang Behor (KG 5)

1)     Sungai bakong
2)     Padang Behor
3)     Taman Merpati
4)     Taman Desa Pulai
5)     Taman Sri Pulai
6)     Taman Embun
7)     Kediaman IPG

Jalan Raja Syed Alwi (KG 7)

1)     Kampung Bakau
2)     Taman Sri Bakau
3)     Taman Pertama
4)     Taman Perlis
5)     Taman Hijrah
6)     Taman Kemajuan
7)     Taman Jali
8)     Taman Guar Syed Alwi
9)     Taman Hijrah Impian
10)    Kampung Guar Syed Alwi
11)    Taman Syed Alwi Putra
12)    Taman Sri Guar
13)    Taman Firdaus

Waktu operasi adalah setiap hari dari isnin hingga ahad bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam. KK UTC akan tutup pada cuti perayaan besar dan cuti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UTC Kangar.

Perkhidmatan diberikan kepada penduduk di kawasan operasi Zon 1 dan juga kepada penduduk luar kawasan operasi dari seluruh Negeri Perlis yang datang secara walk in.

Jumlah kakitangan yang ditempatkan di KK UTC Kangar adalah seramai 44 orang yang mana terdiri daripada 7 Pegawai Perubatan dan 37 kakitangan sokongan. Semua kakitangan akan bertugas mengikut shif yang telah ditetapkan.