Pemberitahuan & Berita

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Pemantauan dan Penguatkuasaan Terhadap Penjualan GARAM BERIODIN

Pindaan Peraturan 285 berkaitan Garam Halus Beriodin atau Garam Beriodin di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah diwartakan pada 12 November 2018 dan akan dikuat kuasa di seluruh negara pada 1 JanuariĀ  2021.

Pindaan di bawah peraturan ini mewajibkan semua garam halus atau garam yang beratnya 20kg atau kurang ditambah dengan iodin sebelum boleh dijual di seluruh Malaysia.

Kegagalan mematuhi pindaan Peraturan 285 adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 2 tahun.

Sebagai pengguna yang bijak, pastikan bermula 1 Januari 2021 garam yang anda beli di pasaran adalah sama ada Garam Halus Beriodin atau Garam Beriodin.

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan http://nutrition.moh.gov.my/universal-salt-iodization-usi/.

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM