Pemberitahuan & Berita

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Tanggal 30 Januari, 2021 menandakan tahun kedua penganjuran Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) Sedunia. Malaysia menyertai komuniti global dalam memberi komitmen membanteras NTD demi membebaskan generasi akan datang daripada belenggu penyakit yang dikaitkan dengan kemiskinan. Lebih daripada 1.7 bilion penduduk di seluruh dunia terkesan oleh NTD yang bertanggungjawab dalam menyebabkan ribuan kematian yang boleh dicegah setiap tahun. Bukan itu sahaja, NTD juga menyebabkan ketidakupayaan yang mendorong kitaran kemiskinan yang berterusan di kalangan berjuta-juta manusia.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Kesihatan Negara,  Malaysia bersama-sama Crown Prince Court of Abu Dhabi, Bill & Melinda Gates Foundation, Carter Center, The END Fund, Uniting to Combat NTD, Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) dan juga lebih daripada 300 agensi kerajaan, kesihatan, komuniti serta peneraju perniagaan, akan menggunakan kesempatan ini bagi merencanakan pelbagai aktiviti yang bermakna dalam menyokong usaha untuk menghapuskan NTD.

Maklumat Lanjut : https://kpkesihatan.com/2021/01/29/moh-press-release-29-january-2021-malaysia-joins-landmarks-across-the-world-to-light-up-kl-tower-as-a-sign-of-unity-to-combat-neglected-tropical-diseases-ntds/