Pemberitahuan & Berita

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

 

KRITERIA SERTA BORANG PENDAFTARAN ANGGOTA SUKARELAWAN YANG INGIN MENYERTAI PASUKAN SUKARELAWAN PERUBATAN & PSIKOSOSIAL KETIKA BENCANA JKN PERLIS

1.Bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dihantar bertugas sebagai sukarelawan pada bila-bila masa apabila diperlukan untuk tempoh jangkaan 2 minggu / atau lebih

2.Bersedia menjadi ‘self-sufficient’ sepanjang tempoh bertugas sebagai sukarelawan.

3.Mendapat kebenaran/pelepasan daripada pegawai atasan yang langsung/Ketua Jabatan (Jika berkenaan).

4.Hanya dibenarkan membawa satu beg galas / ‘knapsack’ sahaja untuk barangan persendirian termasuk;

a.Pakaian dan kasut yang bersesuaian
b.Tuala dan jaket
c.Toiletries
d.Torch light
e.Bateri telefon / Power bank
f.Stetoskop (jika ada)
g.Makanan kering dan air minuman untuk kegunaan sendiri selama tiga (3) hari
h.Ubat-ubatan untuk kegunaan sendiri jika mempunyai penyakit kronik
i.Wang tunai yang mencukupi untuk kegunaan sendiri
j.Lain-lain keperluan yang berkaitan atau mengikut lokasi penempatan di lapangan.

5. Saringan dan verifikasi kelayakan akan dijalankan ke atas semua anggota yang terpilih/dipanggil

6. Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi no. telefon: 04 – 977 3333 sambungan 3307 (hari bekerja, masa 8.00 am – 5.00 pm).

7. Sila daftar dengan Urusetia Pasukan Sukarelawan Perubatan, JKN Perlis melalui e – mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan maklumat peribadi yang diperlukan untuk pendaftaran:

  1. Nama:
  2. Umur:
  3. Jantina:
  4. No. Kad Pengenalan:
  5. Sijil Amalan Tahunan (jika berkaitan):
  6. Tempat bertugas:
  7. Jawatan:
  8. Bidang kepakaran/pengkhususan (jika berkaitan):
  9. No. telefon bimbit:
  10. No. telefon rumah/pejabat:
  11. E-mel:
  12. No. telefon ahli keluarga terdekat yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan:
  13. Jika mempunyai penyakit kronik, sila nyatakan:
  14. Pengalaman dalam menyertai misi bantuan bencana sebelum ini, sila nyatakan: