Pemberitahuan & Berita

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Carian Lain

Bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas, Jabatan Kesihatan Negeri PERLIS ingin menasihatkan orang ramai seperti berikut:

1. Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak.

2. Hadkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.

3. Pakai pakaian yang ringan dan elakkan pakaian tebal dan ketat.

4. Sebolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.

5. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan berhenti menggunakan rokok elektronik dan vape.