Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta

Pengenalan | Maklumat UKAPS

PENGENALAN

Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) merupakan salah satu unit di bawah Program Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

 

VISI

Ke arah Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Yang Selamat dan Berkualiti

 

 

MISI

Mengawal dan Mengawalselia Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Melalui Penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) Dan Peraturan-peraturannya Serta Akta- Akta yang Berkaitan.

FUNGSI

  • Melaksana dan menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], peraturan-peraturannya, perintah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
  • Memproses permohonan yang berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) .
  • Mengendalikan aduan dan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan perkara yang berkaitan dengannya.
  • Mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta 586 termasuk melaksana dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti yang berterusan.

 

OBJEKTIF

  • Memastikan semua Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Pergigian Swasta didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
  • Memastikan semua Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta selain dari Klinik Perubatan Swasta dan klinik Pergigian Swasta dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan lain- lain akta berkaitan yang akan diwartakan.
  • Memastikan semua Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta mematuhi kehendak di bawah Akta Kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan peraturan-peraturannya.
  • Menguatkuasakan undang- undang Akta 586 terhadap pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran dan orang yang bertanggungjawab oleh anggota penguatkuasa yang berintegriti

Bilangan Klinik Swasta Di Negeri Perlis

Taburan Klinik Swasta Mengikut Kawasan

Data Pusat Hemodialisis Swasta Negeri Perlis

MOTTO UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA JKN PERLIS

“Keselamatan Pesakit Diutamakan, Penjagaan Kesihatan Berkualiti Dipastikan”

 

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save