Situasi Demam Denggi

Di Negeri Perlis

JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

KENYATAAN AKHBAR
OLEH
DR HJ ZAINI B HUSSIN
PENGARAH KESIHATAN NEGERI PERLIS

LAPORAN MINGGUAN SITUASI SEMASA KEJADIAN DENGGI NEGERI PERLIS TAHUN 2018

1.    TUJUAN


Tujuan laporan ini adalah untuk melaporkan situasi Demam Denggi di Negeri Perlis bagi minggu Epid 01/2018 yang bermula dari 31.12.2017 hingga 06.01.2018.

2.    SITUASI DEMAM DENGGI

2.1    Pada Minggu Epid ke 01 yang berakhir pada 06.01.2018, satu kes Demam Denggi didaftarkan. Ini menunjukkan peningkatan satu kes berbanding dengan jumlah kes minggu Epid sebelumnya (ME 52/2017 tiada kes daftar).
2.2    Secara kumulatif sehingga minggu Epid ke 01/2018, jumlah kes Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah adalah sebanyak 1 kes. Terdapat persamaan jumlah kes iaitu 100% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (1 kes).
2.3    Tiada kematian akibat Demam Denggi dilaporkan pada Minggu Epid 01/2018.

2.4    Tiada wabak baru dilaporkan pada minggu Epid 01/2018.

2.5    Tiada wabak terkawal dilaporkan pada minggu Epid 01/2018.

2.6    Tiada wabak tamat dilaporkan pada minggu Epid 01/2018.

2.7    Secara kumulatif pada minggu Epid 01/2018, terdapat tiada episod wabak dilaporkan. Terdapat persamaan kejadian wabak bagi tempoh masa yang sama berbanding tahun 2017 iaitu tiada kejadian wabak dilaporkan.

3.    AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI


3.1    Pada minggu Epid ke 01, terdapat 1028 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan Aedes dijalankan yang melibatkan 16 kawasan di seluruh Negeri Perlis.

3.2    Hasil pemeriksaan mendapati 29 premis positif pembiakan Aedes ditemui.

3.3    Lapan kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi.

Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i.    DUN INDERA KAYANGAN
a.    Kg Guar Syed Alwi, MUKIM Utan Aji
b.    Taman Jali, MUKIM Utan Aji

ii.    DUN TITI TINGGI
a.    RPA Batu 16, MUKIM Titi Tinggi
b.    Felda Rimba Mas, MUKIM Titi Tinggi

iii.    DUN PAUH
a.    Taman Intan Arau, MUKIM Arau

iv.    DUN MATA AYER
a.    Taman Bunga Selasih, MUKIM Oran

v.    DUN SENA
a.    Taman Sena, MUKIM Jejawi

vi.    DUN BINTONG
a.    Taman Desa Bintong, MUKIM Wang Bintong


Tarikh :08 Januari 2018   



Nama : Dr Khaironisak Binti Haron
Ketua Penolong Pengarah Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri  Perlis
Lot 217, Mukim UtanAji, Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

- TAMAT -