PENGENALAN
Unit Bekalan Steril adalah Unit yang menyediakan perkhidmatan peraltan steril untuk unit pengguna seperti wad, Dewan Bedah dan klinik di Hospital Tuanku Fauziah serta klinik-klinik luar. Unit ini ditubuhkan pada tahun 1990 dan ianya merupakan bangunan lama yang telah diubahsuai sebagai Unit Bekalan Barang Steril. Unit ini telah berpindah ke aras 3 bangunan baru pada 18 Januari 2016.
VISI
Memberi perkhidmatan terbaik dengan menitikberatkan tahap steril yang maksimum untuk kesejahteraan dan kesihatan pesakit sejagat.
MISI
Mengekalkan teknik-teknik pensterilan terkini dan menepati ciri-ciri sterility bagi mencapai taraf sterility yang tinggi.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan urusan perkhidmatan disediakan dalam masa tidak lebih 30 minit.
- Sentiasa mengekalkan sterility yang maksima mengikut peredaran masa.
- Memastikan setiap peralatan steril yang dibekalkan berkualiti dan selamat digunakan tanpa was-was.
- Memberi perkhidmatan yang Efisien, Efektif dan Profesional.
- Sentiasa meningkatkan lagi perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa.
- Sentiasa memberi layanan mesra semasa berurusan di kaunter dan juga melalui telefon
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan sterility yang cekap dan berkesan bagi memastikan peralatan steril selamat digunakan.
- Mengelak dari berlaku jangkitan kuman kepada pesakit.
JENIS PERKHIDMATAN
- Memproses semua peralatan yang telah digunakan oleh pengguna setelah dikembalikan ke unit.
- Mencuci dan mengeringkan.
- Memeriksa dan menguji peralatan
- Membungkus mengikut prinsip-prinsip sterility
- Menyediakan ‘soft dressing’
- Membungkus cotton, gauze, dan pad
- Menyedia dang membungkus Gamgee, ribbon gauze dan roller gauze
- Mensterilkan semua peralatan ‘soft dressing’ yang telah diproses
- Membekalkan peralatan dan ‘soft dressing’ yang steril kepada pengguna mengikut permintaan
JADUAL KLINIK
- Waktu operasi CSSD adalah dari 8 pagi sehingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan 1 tengahari hingga 9 malam.
- Seorang petugas atas panggilan akan mengendalikan keperluan kecemasan selepas waktu bekerja, cuti hujung minggu dan cuti umum.
- Jadual penghantaran dan pengagihan instrument antara Dewan Bedah dan TSSU:
- Sesi pagi adalah dari 8.00 am hingga 10.00 am
- Sesi petang adalah dari 2.00 pm hingga 3.30 pm, Jumaat 2.45 pm hingga 3.30 pm
- Pada setiap hari sabtu, unit CSSD berfungsi pada pukul 8.00 am hingga 2.00 pm