Pakar Perunding Radiologi, Gred UD56
Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah dulunya dikenali sebagai X-ray Depatment. Hospital ini memulakan perkhidmatannya pada tahun 1957 dengan 3 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang X-ray Assistant, seorang Juruproses Filem dan seorang Attendan. Pada masa itu, jabatan ini hanya dilengkapi dengan sebuah mesin x-ray static dan pemprosesan filem dilakukan secara manual.
Jabatan ini dipertingkatkan dari segi bilangan kakitangan dan peralatan dari semasa ke semasa. Bermula dari tahun 1994, jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Radiologi dan mula memberi perkhidmatan kepakaran. Dari segi kelengkapan pula, sebuah mesin Fluoroskopi dan sebuah mesin Ultrasaund telah ditempatkan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan kepada pesakit.
Mulai 24 Julai 2003, mesin CT Scan telah mula digunakan, seterusnya 25 Ogos 2003 jabatan ini telah berpindah sepenuhnya ke bangunan baru yang menempatkan 2 buah bilik pemeriksaan am, sebuah bilik Ultrasaund dan Dopper, sebuah bilik pemeriksaan Fluorografi, sebuah bilik CT Scan serta bilik Mammografi. Jabatan ini berperanan untuk memberi perkhidmatan kepakaran dan rundingan kepada Hospital Tuanku fauziah, Klinik Kesihatan Kangar dan Klinik-klinik swasta di negeri ini.
Selepas banjir besar Perlis pada tahun 2010 peralatan CT Scan, MRI dan Fluoroskopi di Jabatan Radiologi utama telah mengalami kerosakkan teruk. Pada tahun 2012 jabatan telah mendapat gantian mesin CT Scan, MRI, Fluoroskopi dan General X-Ray yang baharu yang ditempatkan ditingkat satu bangunan CT/MRI.
Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensional yang cemerlang dan berkualiti tinggi.
Bertekad memberi perkhidmatan radiologi yang cemerlang dan berkualiti tinggi melalui kerja berpasukan yang penyayang , professional dan penuh dedikasi disamping aplikasi peralatan dan teknik yang berteknologi terkini.
Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Tuanku Fauziah akan memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dalam tempoh yang dinyatakan seperti berikut :
| Bil | Jenis Pemeriksaan | Pencapaian |
|---|---|---|
| 1. | Pemeriksaan X-ray Biasa | 80% kes dalam tempoh 60 minit. |
| 2. | Pemeriksaan X-ray Mudah gerak | 80% kes dalam tempoh 60 minit. |
| 3. | Pemeriksaan X-ray Berkontras | 80% kes dalam tempoh 60 minit. |
| 4. | Pemeriksaan X-ray Ultrasound | 80% kes dalam tempoh 60 minit. |
| 5. | Pemeriksaan CT Scan | 80% kes dalam tempoh 60 minit. |
| 6. | Pemeriksaan Mammogram | 80% kes dalam tempoh 60 minit. |
Kajian piagam pelanggan akan diadakan sekali dalam setahun dan bagi tahun 2017 semua pemeriksaan didapati telah mencapai seperti yang dijanjikan
Jabatan Radiologi Hospital Tuanku Fauziah akan memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan professional dengan memastikan keselamatan dan kepuasan pelanggan sentiasa terjamin. Di samping itu, jabatan ini juga akan memastikan tahap dos radiasi yang minima kepada pesakit anggota jabatan dan orang awam
Jabatan ini memberi perkhidmatan Radiologi yang merangkumi pemeriksaan Radiografi Am, Fluoroskopi, Mammografi, Ultrasound, CT Scan dan MRI serta prosedur intervensional seperti Nephrostomy, Drainage dan Biopsy under image guidance. Di samping itu laporan radiologi dan perkhidmatan rundingcara radiologi adalah juga merupakan teras perkhidmatan jabatan ini.
Jabatan ini memberi pelbagai perkhidmatan radiologi kepada pesakit yang terdiri dari pesakit dalam (pesakit dari wad ) dan klinik pakar. Hospital ini juga menerima rujukan dari klinik kesihatan, klinik swasta dan hospital kerajaan yang lain. Antara perkhidmatan yang diberi oleh jabatan ini adalah:
| HARI | 8.00 PAGI - 1.00 PETANG / 8.00 PAGI- 12.15 TGH HARI (JUMAAT) | 2.00 PETANG - 5.00 PETANG / JUMAAT (2.45 - 5.00 PTG) |
|---|---|---|
| ISNIN | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND MAMMOGRAM CT SCAN MRI II DI DEWAN BEDAH LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND MAMMOGRAM CT SCAN MRI II DI DEWAN BEDAH LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN |
| SELASA | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND CT SCAN MRI LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND CT SCAN MRI LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN |
| RABU | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND CT SCAN MRI II DI DEWAN BEDAH LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND CT SCAN MRI II DI DEWAN BEDAH LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN |
| KHAMIS | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND MAMMOGRAM CT SCAN MRI II DI DEWAN BEDAH LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND MAMMOGRAM CT SCAN MRI II DI DEWAN BEDAH LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN |
| JUMAAT | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND CT SCAN MRI II DI DEWAN BEDAH LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN | RADIOGRAFI AM ULTRASOUND CT SCAN MRI II DI DEWAN BEDAH LAPORAN/RUNDINGAN PENGURUSAN/PENTADBIRAN |