PENGENALAN
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Tuanku Fauziah bertanggungjawab dalam mengawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang dilaksanakan oleh Syarikat Konsesi Penyelenggaraan, Edgenta Mediserve Sdn Bhd (EMSB). Objektif utama pengwujudan program PSH yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah untuk memastikan pengurusan penyelenggaraan bangunan, fasiliti dan aset dilaksanakan secara sistematik, menyeluruh, seragam dan bersepadu di semua hospital milik kerajaan termasuk Hospital Tuanku Fauziah, Perlis
| Bil | Perjawatan | Pengisian |
| 1. | Jurutera (Elektronik), J44 | 1 |
| 2. | Jurutera (Elektrikal), J44 | 1 |
| 3. | Jurutera (Mekanikal), J41 | 1 |
| 4. | Pen. Jurutera (Awam), JA36 | 1 |
| 5. | Pembantu Tadbir (P/O), N19 | 1 |
VISI
Hospital Tuanku Fauziah mencapai status hospital termoden yang mampu menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik di kawasan utara.
MISI
Misi kami adalah memberi perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi bagi pemantauan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital yang dilaksanakan dengan usaha untuk kecemerlangan, penuh dedikasi dan komitment.
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi respon terhadap aduan kritikal serta merta
- Memberi respon terhadap aduan bersurat dalam 3 hari
- Menangani aduan awam (umum) dengan profesional dan dalam masa 48 jam.
- Membantu menjalankan pemantauan ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan oleh Syarikat Konsesi dari semasa ke semasa.
- Memastikan pemantauan dan penyelarasan khidmat sokongan hospital berjalan dengan lancar.
- Membantu menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.
- Membantu menyediakan Sijil Perakuan Pelupusan(PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan, apabila perlu.
- Mengesahkan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) peralatan biomedikal/elektronik/elektrikal/mekanikal.
- Membuat rondaan pemantauan seminggu sekali.
- Membuat Joint Inspection sebulan sekali.
- Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital dari semasa ke semasa.
- Membantu menyemak bil/invois untuk pengesahan pengesahan bayaran atau penalti sebulan sekali.
- Mengurus Mesyuarat Pegawai Pengantara dan Mesyuarat Jawatankuasa Validasi seperti yang telah dirancang.
OBJEKTIF
- Mengawalselia program Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) secara menyeluruh bagi memastikan pelaksanaan yang dijalankan selamat, cekap dan berkesan.
- Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memastikan keperluan dalam Perjanjian Konsesi dipatuhi
FUNGSI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Mengawalselia pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi penyelenggaraan, Edgenta Mediserve Sdn Bhd (EMSB), yang meliputi 6 perkhidmatan utama iaitu Facilities Management Services (FMS), Facility Engineering Management Services (FEMS), Biomedical Engineering Management Services (BEMS), Healthcare Waste Management Services (HWMS), Cleaning Services (CLS) dan Linen and Laundry Services (LLS).
- Bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan Program Kelestarian (Sustainability Program) yang merangkumi Pengurusan Tenaga (Energy Management-EM), Kualiti Udara Dalaman (Indoor Air Quality-IAQ) dan Reduce, Reuse, Recyle (3R).
- Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional berkaitan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti, perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan.
- Bertanggungjawab dalam menjalankan penilaian teknikal bagi tujuan pelupusan peralatan/fasiliti dengan pengeluaran ‘Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP).
- Bertanggungjawab menyelaras dan memantau projek-projek naiktaraf dibawah peruntukan Sinking Fund (SF), BP0600, BP0900, RMK dan Peruntukan Khas.
- Bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (PATA) di bawah Unit Pengurusan Fasiliti (UPF)