Pegawai Psikologi, Gred S44
Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) Hospital Tuanku Fauziah telah diwujudkan pada 02 Januari 2003 setelah wujudnya perlantikan Kaunselor yang memikul tanggungjwab untuk pelaksanaan tugas-tugas kaunseling di Hospital Tuanku Fauziah ini. Dahulu, Kaunselor yang bertugas diletakkan di bawah Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah kerana terdapat kesinambungan dalam memainkan peranan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan emosi kepada semua warga Hospital Tuanku Fauziah.
Bermula pada 2012, Pegawai Psikologi diletakkan di bawah Pengurusan bagi membantu program pembangunan staf, selain pesakit. Namun, sejak tahun 2015, Pegawai Psikologi berada di bawah Timbalan Pengarah Perubatan yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan kepada seluruh warga Hospital Tuanku Fauziah, iaitu pesakit dan anggota kesihatan yang memerlukannya juga. Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) bukan hanya melibatkan para pesakit dan keluarga pesakit sahaja, namun juga memberikan kaunseling kepada seluruh kakitangan Hospital Tuanku Fauziah selaras dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999.
Oleh itu, penubuhan Unit Psikologi Kaunseling ini adalah selaras dengan perkembangan sistem perubatan pada masa kini dengan kepentingan perkhidmatan kaunseling di Hospital Tuanku Fauziah ini.
Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) akan menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan kaunseling kesihatan mental yang memberi perkhidmatan profesional yang mengutamakan pelanggan.
Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) akan menyediakan perkhidmatan kesihatan mental berkualiti yang:
Setiap pesakit / klien akan diberi perkhidmatan profesional sebaik mungkin:
Menggunakan kaedah ekspresif selain daripada kaunseling verbal biasa seperti Sand Play, Expressive Therapy, Play Therapy, Relaxation Technique, Art Therapy dan lain-lain yang bersesuaian dengan klien.
| HARI | PAGI | PETANG |
|---|---|---|
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi-1.00 petang | 2.00 petang -5.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi- 12.15 petang | 2.45 petang - 5.00 petang |