UNIT KUALITI
KETUA UNIT
Dr Ahmad Asyraf bin Zulkefeli

Pegawai Perubatan,


PENGENALAN

Unit Kualiti Hospital Tuanku Fauziah mula ditubuhkan pada pada Jun 2003. Ia bertujuan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Unit ini diselia oleh seorang Penyelaras Kualiti (Ketua Unit) yang bertanggung-jawab kepada Pengarah Hospital untuk mengendalikan aktiviti inisiatif kualiti. Bermula 1 Mac 2018, Unit Kualiti telah diletakkan di bawah direktorat Timbalan Pengarah (Kualiti Penjagaan Perubatan)


VISI

Unit Kualiti sebagai Pusat Sumber Rujukan untuk perkhidmatan penjagaan perubatan yang lebih selamat dan efektif.


MISI

Kami komited untuk me mastikan perkhidmatan penjagaan perubatan berkualiti dicapai melalui aktiviti peningkatan kualiti secara berterusan yang berteraskan prinsip-prinsip kualiti, budaya kerja berpasukan, profesionalisma dan pembelajaran yang berterusan mengikut standard yang ditetapkan dalam perkhidmatan.


OBJEKTIF
  1. Memastikan pelaksanaan aktiviti peningkatan kualiti di hospital seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dijalankan dan dipantau dengan berkesan
  2. Memantau, menyelaras serta memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti peningkatan kualiti di HTF
  3. Menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti mengikut standard yang ditetapkan
  4. Mengenal pasti masalah di dalam pelaksanaan dan pencapaian aktiviti peningkatan kualiti dan memastikan tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan adalah efektif dan berterusan

FUNGSI UTAMA
  1. Menjadi sekretariat bagi membantu menyelaras serta memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital dengan memaksimumkan penggunaan sumber yang sedia ada
  2. Memberi kesedaran terhadap kepentingan aktiviti inisiatif peningkatan kualiti kepada semua kakitangan Hospital Tuanku Fauziah dan membantu pelaksanaan aktiviti peningkatan kualiti di hospital
  3. Merancang latihan/klinik bimbingan/bengkel/kursus untuk semua peringkat anggota berkaitan aktiviti peningkatan kualiti
  4. Mengumpul data peningkatan kualiti, menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti serta mengenalpasti “shortfall in quality" dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil
  5. Menyebarkan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dan menjadi sumber rujukan mengenai inisiatif peningkatan kualiti di hospital
  6. Menyelaras aktiviti pengauditan dan penilaian yang dijalankan sama ada dalaman atau luaran
  7. Menyediakan “Local Preceptor” aktiviti kualiti
Tarikh Kemaskini : 8 Februari 2022