UNIT LATIHAN
KETUA UNIT
Puan Fatin Nabilah binti Md Zemberi

Penolong Pengarah, M41


PENGENALAN

Unit Latihan dianggotai oleh empat (4) orang anggota

Unit Latihan bertanggungjawab memastikan anggota yang bertugas di HTF diberi peluang untuk menghadiri kursus / latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005. Selain itu, Unit Latihan juga berperanan dalam menyelaraskan keperluan anggota yang ingin meningkatkan kompetensi dengan mengikuti Kursus Jangka Pendek/ Panjang.


PIAGAM PELANGGAN

Setiap pesakit / klien akan diberi perkhidmatan profesional sebaik mungkin:

  1. Peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dapat dibelanjakan sepenuhnya.
  2. Kehadiran anggota menghadiri kursus / latihan sebanyak tujuh (7) hari setahun.
  3. Urusan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

OBJEKTIF

Untuk memastikan anggota HTF sentiasa mempunyai kompetensi maksimum dalam menjalankan tugas.


FUNGSI
  1. Memastikan semua anggota Hospital Tuanku Fauziah mengikuti latihan dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.
  2. Memantau perbelanjaan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang telah diluluskan.
  3. Menyelaras urusan bagi kemajuan kerjaya anggota hospital ini (Hadiah Dalam Perkhidmatan, Kursus Jangka pendek dan sebagainya).

Tarikh Kemaskini : 27 Januari 2022