Pegawai Perubatan, UD14
Klinik Penjagaan Luka bermula pada tahun 2016 dengan 2 Jururawat terlatih dan kemudiannya menjadi unit yang mula beroperasi pada Januari 2020 dan telah dirasmikan pada 6/3/2020. Kini unit ini beroperasi dengan seorang pegawai perubatan, 2 jururawat terlatih dan 2 orang penolong pegawai perubatan yang dilantik oleh Pengarah Hospital, Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi dan Bahagian Kejururawatan. Unit ini memberi rawatan terhadap luka kronik dan luka-luka seperti ‘diabetic limb ulcer’, ‘pressure injury’. Pembentukan unit ini adalah sejajar dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 10 Tahun 2011 Garispanduan Pasukan Penjagaan Luka di Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 6 Oktober 2011. Perkhidmatan di sediakan 5 kali seminggu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
| Bil | Perjawatan | Pengisian |
|---|---|---|
| 1. | UD14 | 1 |
| 2. | U6 | 1 |
| 3. | U5 | 2 |
Unit menggembleng tenaga ke arah penjagaan luka lebih baik.
Misi Unit Penjagaan Luka adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
Memastikan pesakit mendapat perkhidmatan penjagaan luka yang berkesan, selamat serta berkualiti dengan berpandukan kaedah saintifik yang terkini meliputi aspek perawatan, pencegahan dan pendidikan berterusan dari masa ke semasa.
Memastikan pesakit mendapat perkhidmatan penjagaan luka yang berkesan, selamat serta berkualiti dengan berpandukan kaedah saintifik yang terkini meliputi aspek perawatan, pencegahan dan pendidikan berterusan dari masa ke semasa.
Isnin hingga Khamis: 08.00 am-0100 pm
02.00 pm-0500 pm
Jumaat : 08.00 am-12.15 pm
02.45 pm-05.00 pm
Sabtu dan Ahad : Curi hari berkerja
Hari kelepasan Am