Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah merupakan pusat rujukan kes-kes pediatric di negeri Perlis dan kawasan sempadan negeri Kedah.
Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah sebagai pusat perkhidmatan pediatric yang cemerlang dan terkini yang mengutamakan konsep Baby Child Friendly serta Patient Centered Care yang membawa kepada kepuasan pelanggan.
Berperanan memberi perkhidmatan kesihatan kanak-kanak yang cemerlang di negeri perlis.
Kami komited memberikan perkhidmataan perawatan kepakaran dan susulan yang berkualiti dengan mengutamakan keperluan keadaan penyakit yang anda alami melalui:
Memberi rawatan komprehensif yang berkualiti kepada semua pesakit pediatric yang merangkumi rawatan kuratif dan rehabilitif serta menggalakkan aspek-aspek pencegahan dan amalam kesihatan yang baik.
Jabatan pediatric menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalaman. Perkhidmatan pesakit luar terdiri dari Klinik Pediatrik dan Klinik Talasemia. Perkhidmatan pesakit dalaman pula terdiri dari Wad Pediatrik 1, Wad Pediatrik 2, NICU dan PICU.
Perkhidmatan pesakit luar Klinik Pediatrik dijalankan pada setiap hari bekerja iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Perkhidmatan yang disediakan:
Meliputi Wad Pediatrik 1, Wad Pediatrik 2, Wad NICU dan Wad PICU.
| Hari | Pagi | Petang |
| Isnin | i)Klinik Pakar Pediatrik Am ii)Klinik HIV(Elisa) - 1 bulan sekali |
i) Klinik Pakar Pediatrik Am |
| Selasa | i)Klinik Pakar Pediatrik Am ii)Prosidur Echocardiogram iii) Klinik Lawatan Pakar Pembedahan Kanak-kanak - 1 bulan sekali |
i) Klinik Kanak-kanak Keperluan Khas |
| Rabu | i)Klinik Pakar Pediatrik Am | i)Klinik Pakar Pediatrik Am |
| Khamis | i)Klinik Neonatal | - |
| Khamis | i)Pakar Pediatrik Am | - |