Jabatan Pergigian Pediatrik ditubuhkan pada bulan Januari 2011 dan ditempatkan di Klinik Pakar Pergigian Hospital Tuanku Fauziah bersama-sama dengan Klinik Pakar Bedah Mulut dan Klinik Pakar Ortodontik.
Peranan utamanya adalah untuk memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian kepada pesakit dari peringkat bayi hinggalah peringkat kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah yang dirujuk. Kanak-kanak istimewa dan yang bermasalah perubatan merupakan golongan yang menjadi keutamaan dalam perkhidmatan ini disamping pesakit- pesakit dalam wad yang dirujuk.
Konsep yang diamalkan adalah perkhidmatan yang menyeluruh di mana rawatan komprehensif diberikan dan disusuli dengan lawatan susulan yang berterusan.
Untuk menjadikan Jabatan Pergigian Pediatrik sebuah pusat kecemerlangan dan pusat rujukan yang berkualiti dengan memberikan perkhidmatan terkini di dalam aspek perkhidmatan, pendidikan akademik dan penyelidikan.
Untuk meningkatkan kualiti kehidupan di kalangan kanak-kanak melalui promosi kesihatan mulut dan meningkatkan kualiti kesihatan mulut iaitu peka kepada keperluan pesakit, menggunakan teknologi yang bersesuiaan dan terkini dan dijalankan oleh kakitangan yang terlatih dengan profesional, bertimbangrasa dan efisien dalam mengendalikan situasi.
Memberi perkhidmatan perundingan dan rawatan pakar pergigian secara komprehensif dan penjagaan kesihatan mulut kepada semua pesakit yang dirujuk serta memastikan kesihatan mulut kekal sihat.
Perkhidmatan Pergigian Pediatrik menyediakan perkhidmatan perundingan dan rawatan komprehensif bermula dari diagnosis dan terapeutik kepada pesakit yang berumur 16 tahun dan kebawah yang dirujuk. Kes-kes yang dilihat adalah terdiri dari semua kes-kes yang dirujuk samada sebagai inpatients dan juga outpatients dan keutamaan diberi kepada kanak-kanak dengan keperluan khas. Ini termasuklah:
| Hari | 8.00 PAGI - 1.00 PETANG / 8.00 PAGI- 12.15 TGH HARI (JUMAAT) | 1.00 - 2.00 PETANG / 12.15 - 2.45 petang (JUMAAT) | 2.00 PETANG - 5.00 PETANG / 2.45 - 5.00 PTG (JUMAAT) |
|---|---|---|---|
| Isnin | - Kes rujukan & temujanji - Lawatan ke wad | Rehat | - Kes rujukan & temujanji - Lawatan ke wad |
| Selasa | - Sesi OT dan Kes rujukan | - Sesi OT dan Kes rujukan | |
| Rabu, Khamis, Jumaat | - Kes rujukan & temujanji | - Kes rujukan & temujanji |