Pegawai Tadbir Rekod N41
Unit rekod perubatan merupakan salah satu unit di hospital Tuanku Fauziah yang terlibat dalam pengurusan rekod perubatan pesakit, permohonan laporan perubatan, menyelaras jemaah doktor PERKESO, menyelaras panel KWSP, mengadakan persidangan lembaga perubatan dan menyedia statistik maklumat perubatan untuk rujukan hospital, jabatan kesihatan dan kementerian kesihatan Malaysia.
Ke arah anjakan paradigma dalam penggunaan sistem komputerisasi sepenuhnya merangkumi penyediaan statistik hospital serta memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, efisyen serta menepati aspirasi kerajaan.
Menyediakan satu perkhidmatan yang lebih efisyen dan berkualiti dengan meningkatkan lagi kemahiran dengan penggunaan sumber terkini, idea serta inisiatif dari setiap anggota kakitangan.
Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod perubatan, laporan perubatan dan arkib data yang selamat dan sesuai dalam meningkatkan taraf pengawalan dan kerahsiaan maklumat kesihatan yang terjamin.
Bertanggungjawab terhadap pengurusan penyimpanan rekod perubatan pesakit dalam dan kecemasan. Pengeluaran laporan perubatan , menguruskan persidangan jemaah lembaga PERKESO dan KWSP, persidangan lembaga perubatan (medical board)serat pengumpulan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (HMIS).
Unit rekod perubatan menyediakan perkhidmatan meliputi:
Penerimaan, penyimpanan, pemisahan dan peminjaman rekod perubatan bagi tujuan rawatan, laporan perubatan, kajian, penyelidikan dan perundangan serta mengurus pemisahan dan pelupusan rekod perubatan pesakit mengikut garispanduan dan akta Arkib Negara Malaysia.
Menyelaras penyediaan laporan perubatan yang dipohon oleh pesakit, pihak insuran, polis, mahkamah, badan berkanun, jabatan kerajaan dan lain-lain yang meliputi laporan perubatan biasa, laporan bedah mayat(post mortem), laporan pakar dan lain-lain.
Menyedia laporan bulanan pesakit dalam, pesakit luar, unit kecemasan, rawatan harian dan sokongan klinikal dan membuat koding diagnosis penyakit dan prosedur mengikut ICD 10 dan ICD 9-CM.
menyelaras persidangan lembaga perubatan, jemaah PERKESO, panel KWSP berdasarkan permohonan yang diterima.