JABATAN SAJIAN DAN DIETETIK
KETUA JABATAN
Pn. Amilia bt Abdullah

Pegawai Dietetik, U48


PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian terletak berhampiran Unit Fisioterapi dan Wad Diraja. Jabatan ini telah beroperasi di bangunan baru di bawah projek pembangunan semula jabatan pada November tahun 2003.



OBJEKTIF
  • Umum
    1. Perkhidmatan Dietetik

      Untuk memastikan perkhidmatan dietetik yang cemerlang melalui penyampaian perkhidmatan secara profesional dan berkualiti berorientasikan pelanggan.

    2. Perkhidmatan Makanan

      Untuk memastikan pengurusan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, selamat, berkualiti dan efektif.

  • Khusus
    1. Perkhidmatan Dietetik
      1. Memberi perkhidmatan klinikal, komuniti, kesihatan awam dan katering dietetik yang berkualiti.
      2. Memberi perkhidmatan kepakaran dietetik klinikal secara professional, sistematik dan penglibatan dalam rawatan multi disiplin.
      3. Melaksana penyelidikan berkaitan.
      4. Menjalin kerjasama erat dengan agensi yang berkaitan.
    2. Perkhidmatan Makanan
      1. Memberi perkhidmatan makanan secara profesional dan efisien berorientasikan keperluan dan kehendak pelanggan.
      2. Menyedia makanan yang sihat dan berkualiti mengikut prinsip Sistem Jaminan Keselamatan Makanan.
      3. Melaksana penyelidikan berkaitan.
      4. Mengoptima pengunaan peruntukan belanja mengurus tanpa mengabaikan keperluan pemakanan pelanggan.

  • SKOP PERKHIDMATAN
    1. PERKHIDMATAN MAKANAN
        Waktu Operasi Bahagain Perkhidmatan Makanan
      1. Waktu Operasi Bahagain Perkhidmatan Makanan
      2. Ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC (mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga.
      3. Menyediakan makanan kepada doktor yang bertugas atas panggilan serta doktor dan paramedik yang bertugas berterusan di dewan bedah.
      4. Menyediakan makanan kepada pesakit rawatan harian berdasarkan permintaan.
      5. Membekalkan bekalan makanan kering (dry ration) untuk wad-wad dan unit yang memerlukan.
      6. Membekalkan susu formula bayi kepada bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif dan ibu yang berstatus Drug Resistant Tuberculosis (R-TB) bagi tempoh dari lahir hingga umur 2 tahun.
      7. Latihan praktikal katering akan diberi kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan
      8. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
    2. PERKHIDMATAN DIETETIK
      1. Memberikan perkhidmatan dietetik kepada pelanggan yang dirujuk oleh pengamal perubatan berdasarkan langkah-langkah dalam proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) yang merangkumi penilaian, diagnosis, intervensi serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan termasuk dokumentasi. Perkhidmatan ini diberikan kepada pelangan secara individu atau berkumpulan meliputi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
        1. Perkhidmatan Konsultasi Diet
        2. Perkhidmatan Sokongan Pemakanan (Nutrition Support)
        3. Pendidikan Pemakanan

      2. Memberi dan mengendalikan ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk dalam bidang dietetik mengikut permintaan dan keperluan.
      3. Memberi latihan internship dietetik kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.
      4. Melibatkan diri dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

      5. HariAktivitiTempatMasa
        IsninKlinik Multi IndividuKlinik Diet2.30 - 4.30 petang
        SelasaKlinik ObesitiKlinik Diet2.30 - 4.30 petang
        RabuKlinik PaediatrikKlinik Diet2.30 - 4.30 petang
    OPERASI/FUNGSI
    1. PERKHIDMATAN MAKANAN
      1. Waktu Operasi Bahagain Perkhidmatan Makanan

        Bahagian perkhidmatan makanan beroperasi setiap hari bermula dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam

      2. Waktu Pengambilan Makanan

        Sarapan pagi:7.45 pagi hingga 8.00 pagi
        Makan tengahari:11.30 pagi hingga 12.00 tengahari
        Minum petang:3.00 petang hingga 3.30 petang
        Makan malam:4.30 petang hingga 5.00 petang

    2. PERKHIDMATAN DIETETIK
      1. Perkhidmatan dietetik beroperasi mengikut waktu pejabat. Pesakit akan dilihat berdasarkan rujukan dari Pegawai Perubatan. Pesakit akan dilihat dalam masa 24 jam waktu bekerja.

        *Jadual: Caj Perkhidmatan Dietetik Pesakit dalam mengikut Akta Fii (Pindaan ) 2017

        JENIS FIKELAS 1KELAS 2KELAS 2
        Penilaian PemakananRM10RM5Percuma
        Terapi Diet IndividuRM10RM10Percuma
        Terapi Diet Individu Tambahan Pemakanan OralRM20RM10Percuma
        Terapi Diet Individu Pemakanan EnteralRM50RM30Percuma
        *Warganegara

        JENIS FITIADA KAD UNHCRADA KAD UNHCR
        Nutrition AssessmentRM70RM35
        Medical Nutrition Therapi PresumptionRM70RM35
        Medical Nutrition Therapy InterventionRM70RM35
        Enteral Nutrition FormulaRM70RM35
        *Bukan Warganegara


      2. Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar

        -Pesakit luar dilihat berdasarkan rujukan oleh Pegawai Perubatan. Pesakit luar akan diberi tarikh temujanji mengikut jadual yang telah ditetapkan.

        *Jadual: Waktu Operasi Perkhidmatan Pesakit Luar

        HariAktivitiMasa
        IsninKlinik Multi Individu8.30 - 1.00 petang
        SelasaKlinik Obesiti8.30 - 1.00 petang
        RabuKlinik Paediatrik8.30 - 1.00 petang

        -Pesakit luar yang datang untuk temujanji dengan Pegawai Dietetik , perlu membayar caj perkhidmbatan dan pendaftaran klinik pakar berdasarkan Akta Fi (Pindaan) 2017.

        *Jadual: Caj Perkhidmatan Dietetik Pesakit dalam mengikut Akta Fii (Pindaan ) 2017

        JENIS FIJENIS LAWATANRUJUKAN KERAJAANRUJUKAN SWASTA
        PendaftaranLawatan Pertama
        Percuma
        RM30
        -Lawatan SusulanRM5RM5
        Siasatan DietetikPenilaian PemakananRM1RM10
        Rawatan DietetikTerapi Diet IndividuRM5RM10
        -Terapi Diet BerkumpulanRM1RM1
        *Warganegara

        JENIS FIJENIS LAWATANTIADA KAD UNHCRADA KAD UNHCR
        PendaftaranLawatan Pertama
        RM120
        RM60
        -Lawatan Susulan
        RM120
        RM60
        Siasatan DietetikNutrition Assessment
        RM70
        RM35
        -Medical Nutrition Therapi Presumption
        RM70
        RM35
        -Medical Nutrition Therapy Intervention
        RM70
        RM35
        *Bukan Warganegara

        -Pendidikan Pesakit

        Pegawai Dietetik terlibat di dalam Program Pendidikan Pesakit di Unit Pendidikan Pesakit, HTF. Antara kelas pendidikan yang terlibat adalah:

        >> Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes Mellitus & Hipertensi
        >> Kelas Pendidikan Pesakit Renal

    PROGRAM JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

    Program Jaminan Keselamatan Makanan merupakan salah satu komponen yang wajib dilaksanakan. Program ini meliputi aspek jaminan keselamatan dan pengurusan kualiti perkhidmatan makanan. Ia adalah satu sistem amalan yang terancang dan didokumenkan yang memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna. Berikut merupakan senarai program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan di peringkat jabatan dan pensijilan yang telah diperolehi : -

    BilPensijilanNo SijilTarikh DikeluarkanTarikh Tamat
    1. Sijil Pengesahan HALAL JAKIM(S)/(22.00)/492/2/2
    081-12/2019
    1 Julai 2020 30 Jun 2022

    Tarikh Kemaskini : 16 Dis 2021