Pegawai Perubatan Pakar (Transfusi), UD14
Jabatan Perubatan Transfusi, yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Perubatan Transfusi, telah distrukturkan semula dan dipisahkan daripada Jabatan Patologi berkuat kuasa 1 Januari 2024. Jabatan ini kini diterajui oleh seorang Pakar Perubatan Transfusi yang memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan. Peranan utama jabatan ini merangkumi fungsi sebagai pusat pengumpulan darah serta penyediaan perkhidmatan transfusi klinikal dan ujian imunohematologi yang komprehensif. Selain itu, Jabatan Perubatan Transfusi bertanggungjawab memastikan bekalan darah dan komponen darah yang mencukupi dan berkualiti untuk keperluan Hospital Tuanku Fauziah dan hospital swasta di Perlis. Jabatan ini turut berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi klinik kesihatan dan hospital swasta di negeri ini.
Jabatan Perubatan Transfusi sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta bekalan produk darah yang selamat, mencukupi dan berkualiti.
Kami, di Jabatan Perubatan Transfusi, komited sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada anda iaitu:
Kami menyediakan perkhidmatan Perubatan Transfusi yang selamat dan berkualiti tinggi dengan memastikan bekalan produk darah yang mencukupi dan selamat. Kami komited menghasilkan keputusan ujian dan pembekalan darah yang betul mengikut tempoh masa yang dipersetujui. Ini dicapai melalui peningkatan produktiviti, kerja berpasukan, dan integrasi sistem jaminan kualiti komprehensif, di samping pendidikan serta pembangunan profesional selaras amalan terkini dalam perubatan transfusi
| Perkhidmatan | Waktu Operasi |
|---|---|
| Makmal Imunohematologi | 24 jam |
| Pusat Pendermaan Statik | Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Rehat: 1.00 – 2.00 petang) Jumaat: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Rehat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang) *Pendaftaran terakhir adalah 30 minit sebelum masa tamat |
| Derma Darah Bergerak | Mengikut jadual yang ditetapkan. Sila layari laman berikut untuk jadual terkini: Laman facebook: Hospital Tuanku Fauziah, Derma Darah Kedah Perlis Laman Instagram: tabungdarahperlis Laman tiktok: TabungDarahPerlis Hubungi : 04-9738197 untuk penganjuran kempen derma darah bergerak |