Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi) UD15
Bagi memantapkan kualiti penjagaan pesakit di hospital, Kawalan Infeksi adalah salah satu program yang amat penting dan perlu diamalkan oleh setiap petugas kesihatan bagi memastikan tahap penjagaan maksima pesakit dapat dipenuhi. Unit Kawalan Infeksi telah dipertanggungjawabkan didalam setiap perlaksanaan program tersebut dengan kerjasama dari Bahagian Perkembangan Kualiti Kementerian Kesihatan Malaysia. Kawalan Infeksi merangkumi pencegahan, pengawalan, latihan, promosi dan pengurusan Infeksi.
Mewujudkan sebuah unit yang berkualiti dan cemerlang untuk mencegah dan mengawal infeksi.
Untuk memastikan setiap individu memahami dan mengimplementasi program "Hospital Infection Control" berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalism demi menjadikan persekitaran yang selamat dan bebas dari jangkitan.