PENGENALAN
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) semakin penting dalam perkhidmatan sokongan kepada aktiviti perawatan di hospital. UKKP menjadi pusat rujukan utama bagi perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta persekitaran. UKKP terletak di tingkat bawah bangunan CME, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Misi utama unit ini adalah untuk mempertingkatkan tahap kesihatan, keselamatan pekerja dan alam sekitar disamping memberi pengetahuan berkaitan
keselamatan, kesihatan dan alam sekitar yang tepat mengikut kualiti semasa.
| Bil | Perjawatan | Gred | Pengisian |
| 1. | Ketua Unit / Pegawai Perubatan | UD54 | 1 |
| 2. | Pegawai Perubatan | UD48 / UD 52/ UD54 | 2 |
| 3. | Jururawat Terlatih | JT U32 (TBK) | 1 |
| 4. | Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran | U32 / U29 | 2 |
OBJEKTIF
- UMUM
Adalah menjadi hasrat Unit Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk memastikan semua anggota-anggota dan orang-orang yang berkaitan dalam aktiviti-aktivitinya atau berurusan dengannya sentiasa berada di dalam persekitaran yang sihat dan selamat.
- KHUSUS
- Membantu menyedia dan menyelenggara suatu tempat kerja dan sistem kerja yang selamat dan sihat.
- Untuk memastikan bahawa semua anggota hospital adalah diberi maklumat, latihan dan penyeliaan berkenaan cara kerja selamat tanpa risiko kepada kesihatan.
- Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit keracunan dan kejadian merbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang.
- Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan 1994 dan peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan.
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asas bagi semua pekerja dan pelanggan.
- Untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit pekerjaan dan penyakit berjangkit
SKOP PERKHIDMATAN
UKKP menyediakan perkhidmatan klinikal dan bukan klinikal bersesuaian untuk petugas-petugas di Hospital Tuanku Fauziah.
Perkhidmatan utama UKKP terbahagi kepada :
- KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN
Klinik Sejahtera ialah klinik yang ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga kerja HTF selaras dengan kewajipan am majikan yang termaktubdalam Bahagian IV Seksyen 15 (1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Antara skop perkhidmatan yang disediakan adalah :
- Program Keselamatan Pekerjaan
- Sharp Injury Surveillance (SIS)
- Siasatan kejadian/ kemalangan di tempat kerja/penyakit pekerjaan/ keracunan pekerjaan
- Siasatan kes kekerasan di tempat kerja dan latihan Code Grey.
- Program Kesihatan Pekerjaan
- Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan bagi penyakit ringan serta rawatan susulan penyakit NCD yang stabil.
- Memberikan khidmat nasihat dan rujukan ke klinik pakar yang berkaitan mengikut keperluan.
- Pengawasan perubatan (Medical surveillance)
- Saringan Non-Communicable Disease (NCD)
- Saringan TB (pra-penempatan/ berkala/ pra-pertukaran/
- Saringan penyakit Hepatitis B
- Saringan kesihatan mental
- Saringan pengawasan kesihatan pekerja sinaran
- Saringan pengendali makanan
- Program vaksinasi – Hepatitis B, influenza, tifoid
- Bekerjasama dengan unit lain dalam aktiviti kawlan penyakit berjangkit di tempat kerja.
- KESELAMATAN PERSEKITARAN
- Penguatkuasaan berkaitan akta-akta dan peraturan-peraturan berikut:
- Akta Makanan 1983 dan peraturan –peraturan makanan 1985 bagi aktiviti persampelan makanan
- Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bagi Pemeriksaan Premis Makanan
- Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bagi aktiviti pemantauan aktiviti merokok dan hasil tembakau yang lain.
- Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi aktiviti Pemeriksaan Kawalan Vektor dan Serangga Pembawa Penyakit
- Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi aktiviti audit KKP, aktiviti HIRARC
- Pemantauan kebersihan dan keselamatan persekitaran hospital
- Aktiviti pemantauan berkala dilakukan antara Pegawai Keselamatan dan Kesihatan pihak konsesi dan OSH-Coordinator
- Aktiviti promosi
- Memberikan informasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada petugas-petugas melalui latihan sepanjang tahun bagi petugas baru dan juga sedia ada.
- Siasatan kemalangan jalan raya
- Siasatan kemalangan jalanraya atas urusan rasmi / kemalangan berulang-alik di kalangan petugas yang ketika dalam menjalankan tugas rasmi , dalam waktu rehat yang dibenarkan atau berulangalik ke tempat kerja