Pegawai Kerja Sosial Perubatan S48
Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital (UKSP) merupakan salah satu unit sokongan klinikal di Hospital Tuanku Fauziah yang menyediakan perkhidmatan BANTUAN PRAKTIK DAN TERAPI SOKONGAN kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh Pakar/Pegawai Perubatan dan pegawai lain mengikut displin berkaitan. Unit ini mula beroperasi di Hospital Tuanku Fauziah sejak awal tahun 1980an dengan nama Unit Kebajikan Hospital. Pada ketika itu hanya terdapat satu perjawatan iaitu Penolong Pegawai Kebajikan S27 yang merupakan jawatan kader dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selaras dengan perkembangan bidang tugas dan skop perkhidmatan yang semakin luas dan mencabar, dua (2) perjawatan telah diwujudkan pada tahun 2003 dan 2006 iaitu Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41 dan Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 sementara jawatan S27 telah dinaiktaraf kepada S32. Kini UKSP diketuai oleh PKSP gred S48 dan dibantu oleh seorang PKSP S44, seorang S41, seorang PPSP S32 dan seorang Pembantu Tadbir yang dipinjamkan oleh pihak pengurusan HTF untuk melancarkan lagi operasi unit. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan yang disediakan adalah meliputi perkhidmatan Bantuan Praktik dan Terapi Sokongan kepada pesakit-pesakit tidak berkemampuan dan yang memerlukan melalui rujukan oleh Pakar/pegawai Perubatan, pegawai di hospital dan hospital-hospital luar. Pengendalian kes dijalankan melalui sesi temubual, siasatan, lawatan dan lain-lain intervensi bertujuan mengenal pasti permasalahan sebenar pesakit. Semua kes akan dikendalikan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Pihak unit berperanan sebagai “liason officer” antara pesakit dan agensi-agensi luar (kerajaan dan bukan kerajaan) dalam menyalurkan bantuan-bantuan yang diperlukan oleh pesakit.
| Bil | Perjawatan | Pengisian |
|---|---|---|
| 1. | S48 | 1 |
| 2. | S44 | 1 |
| 3. | S41/S44 | 1 |
| 4. | S32 | 1 |
| 5. | N19 | 1 |
Menjadikan UKSP sebagai unit sokongan yang mengendalikan kes secara professional dalam menyalurkan bantuan mengikut keperluan dan mematuhi prosedur.
Memastikan agar setiap rujukan kes dikendalikan mengikut kesuaian bagi membolehkan klien meningkatkan kualiti dan menikmati kesejahteraan hidup.
1. Bantuan Praktik
2. Terapi Sokongan / Kes Psikososial
| Hari | Perkhidmatan |
|---|---|
| Isnin - Jumaat | 8.00 - 5.00 petang |
| Sabtu & Ahad | Cuti |