Unit Pemulihan Carakerja (Occupational Therapy) terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian Pemulihan Fizikal dan Pemulihan Psikiatri. Program Pemulihan Carakerja dijalankan untuk pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari hospital dan klinik kerajaan.
Tenaga kerja Unit Pemulihan Carakerja HTF terdiri daripada:
| Bil | Jawatan | Gred | Jumlah | Pengisian |
|---|---|---|---|---|
| 1. | Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja | U44 | 1 | 1 |
| 2. | Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja | U41 | 1 | 1 |
| 3. | Jurupulih Perubatan Carakerja | U38 | 1 | 1 |
| 4. | Jurupulih Perubatan Carakerja | U36 | 1 | 1 |
| 5. | Jurupulih Perubatan Carakerja | U32 | 2 | 1 |
| 6. | Jurupulih Perubatan Carakerja | U29 | 8 | 8 |
Unit Pemulihan Carakerja akan melaksanakan visi Kementerian Kesihatan dan visi Hospital Tuanku Fauziah. Bagi merealisasikan visi tersebut di peringkat unit, maka Unit Pemulihan Carakerja berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menyeluruh (holistic) bersesuaian dengan keperluan pesakit.
Disamping mendukung misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Misi Hospital Tuanku Fauziah, misi kami anggota Unit Pemulihan Carakerja ialah berazam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, berteknologi sesuai, responsive bersesuaian dengan kemampuan tenaga kerja dan mengikut peredaran semasa.
Menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja bagi pesakit yang mempunyai masalah kefungsian dari segi fizikal/mental/sosial untuk membantu mereka berdikari dalam semua aspek kehidupan seharian dan kembali ke dalam komuniti masyarakat. Sehubungan dengan itu, dasar-dasar promotif, preventif dan intervensi diamalkan dalam program Pemulihan bagi memenuhi objektif ini. Pesakit yang merima perkhidmatan ini merangkumi pesakit luar dan juga pesakit dalam wad.
Isnin hingga jumaat
8.00 pagi hingga 5 petang