PENGENALAN
Unit Pendidikan Pesakit Hospital Tuanku Fauziah berfungsi sebagai perkhidmatan sokongan kepada perawatan pesakit. Unit ini berperanan dalam menyediakan perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan perubahan tingkahlaku yang positif dalam kalangan pesakit, keluarga, orang awam dan kakitangan hospital agar dapat mencapai tahap kesihatan yang optimum dan berkualiti. Perkhidmatan yang disediakan fokus kepada penyebaran maklumat dan meluaskan kebolehcapaian masyarakat kepada informasi terkini berkenaan isu-isu kesihatan semasa, untuk menggalakkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.
VISI
Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang.
MISI
Memberi maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkahlaku yang positif.
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan.
- Memastikan ≥ 30% pesakit yang dirujuk / walk in ke Klinik Berhenti Merokok Berjaya berhenti merokok dalam tempoh kohort.
- Memastikan 80% permohonan klien untuk menyertai pameran dari agensi dalam dan luar dipenuhi.
- Memastikan kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut kepada syarat sekurang-kurangnya 3 orang pesakit hadir untuk setiap sesi.
- Memastikan setiap permohonan bahan pendidikan diberi maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi daripada 5 hari bekerja.
- Menerbit, mencetak dan mengedar bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan dan secara berkala.
OBJEKTIF
Objektif utama unit adalah meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan pelanggan hospital (pesakit, keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital) agar mereka dapat mengubah sikap dan tingkahlaku kesihatan yang lebih positif dan membudayakan cara hidup sihat untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan sejagat melalui usaha-usaha seperti berikut:-
- Merancang dan melaksanakan program pendidikan dan kesihatan melalui intervensi-intervensi pendidikan secara berkala seperti Klinik Berhenti Merokok dan Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes, Hipertensi dan Renal.
- Menyediakan bahan-bahan media cetak dan elektronik berkaitan kesihatan seperti risalah, poster, infografik, kain rentang dan lain-lain mengikut keperluan.
- Menyelaras dan mengendali sebarang kolaborasi, kerjasama dan perkongsian di antara pelbagai jabatan/unit, NGO dan pihak swasta dalam memastikan maklumat kesihatan serta pendidikan kesihatan tersebar luas.
- Menyediakan latihan berkaitan pendidikan kesihatan kepada warga kerja hospital untuk memastikan mereka dilengkapi dengan informasi terkini dan dapat menjadi sumber informasi kesihatan yang dipercayai oleh masyarakat.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pendidikan pesakit Diabetes, Renal, Hipertensi dan Asma.
- Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok.
- Perkhidmatan Pusat Sumber Pendidikan pesakit yang meliputi khidmat runding cara hidup sihat, pusat informasi kesihatan dan khidmat penerbitan media kesihatan.
- Menerbitkan bahan-bahan pendidikan pesakit/ promosi kesihatan secara media cetak atau elektronik.
- Pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang meliputi teras Promosi Pembudayaan Hidup Sihat, Perkhidmatan Kesejahteraan Rakyat dan Kawalan Kesihatan Kendiri serta Kebersihan Persekitaran dalam usaha membudayakan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan pelanggan hospital.
- Sambutan Hari-hari Khas Kesihatan.
- Melaksanakan Kempen Pendermaan Organ.
- Membekalkan perkhidmatan audio visual dan fotografi bagi majlis-majlis khas HTF.
- Menjalankan Penyelidikan berkaitan pendidikan pesakit.
- Melaksanakan latihan pendidikan pesakit/promosi kesihatan kepada kakitangan.
- Bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan.
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 ptg
Sabtu & Ahad : Cuti