Tarikh     : 6 Disember 2019
Masa      : 8.30 Pagi – 10.00  Pagi
Tempat  : Auditorium Dr Syed Mahmood
Tema      : Sambutan Hari AIDS Sedunia 2019
Anjuran : Bahagian Perubatan

AKTIVITI :


1)    SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2019
Hari AIDS Sedunia disambut setiap tahun pada 1 Disember di seluruh dunia.  Hari AIDS Sedunia 2019 Peringkat Negeri Perlis yang bertemakan Komuniti Membawa Perubahan (Communities Make The Difference) telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Bin Hashim.
Tema Sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini menggambarkan komuniti dari pelbagai lapisan masyarakat amat diperlukan untuk menjayakan sesuatu program / aktiviti dalam memerangi wabak HIV/AIDS

2)    ANUGERAH KEMPEN BLUE RIBBON 2019
Kempen Blue Ribbon telah diperkenalkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada individu & organisasi yang telah memberi sumbangan penting dalam usaha untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi ke arah mewujudkan 100% kawasan bebas asap rokok.
Ianya selari dengan Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) Artikel 8 yang bertajuk ‘Perlindungan Daripada Pendedahan Kepada Asap Tembakau’.
Pensijilan Blue Ribbon merupakan satu bentuk pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kepada premis yang melaksanakan inisiatif bebas asap rokok.
Pada 22 November 2019 yang lalu, telah berlangsung Majlis Pengiktirafan dan Anugerah Kempen Blue Ribbon kepada premis-premis dari seluruh Malaysia

Tahniah Kepada Penerima Anugerah Blue Ribbon:

1)    Universiti Malaysia Perlis : Pensijilan Blue Ribbon Beyond
Jawatankuasa UniMAP Kampus Bebas Asap Rokok telah membangunkan AirSense iaitu alat pemantauan asap rokok untuk mengenalpasti kawasan tumpuan perokok dan telah membangunkan Smoke Free Campus Apps untuk memperkasakan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan UniMAP 100% Bebas Asap Rokok.
2)    Pusat Kesihatan UniMAP :  Akreditasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia  iaitu Akreditasi mQuit - perkhidmatan bersepadu berhenti merokok.
3)    Pensijilan Blue Ribbon bagi kategori premis yang tidak tertakluk mengikut tafsiran Peraturan 11 dan 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT).
-    Hotel Ventura dan Hotel The Sun.