Sebelum anak tumbuh gigi, ibu bapa tak sabar nak lihat gigi pertama anak. Tapi bila anak ada gigi, penjagaan gigi tak diambil berat. Ibu bapa kena tahu tip penjagaan gigi anak-anak dari belum ada gigi hinggalah mendapat gigi kekal. (Maklumat Lanjut -- > Klik Di Sini)

Program Kesihatan Pergigian Bagi Warga Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (siri 2) telah dijalankan di bilik serbaguna JKN Perlis pada 10 Januari 2020 bermula pada 3-5 petang.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk

1) Memastikan peserta sapuan florida(FV) program warga JKN pada sesi Julai 2019 mendapat sapuan ke 2 (FV2) mengikut selang tempoh masa yang ditetapkan.
2) Meningkatkan amalan penjagaan kesihatan pergigian toddler di kalangan ibubapa.

Lihat gambar :