Aktiviti : Majlis Penyerahan Bangunan Wakaf MAIPs - Pusat Dialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF)
Tarikh : 3 Februari 2020 (Isnin)
Tempat : Bangunan Wakaf MAIPs Pusat Dialisis HTF

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan seluruh warga Kesihatan Negeri Perlis dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah, menjunjung kasih atas limpah perkenan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis berangkat ke Majlis Penyerahan Bangunan Wakaf MAIPs - Perkhidmatan Dialisis pada 3 Februari 2020. Pusat ini dijangka akan beroperasi pada tahun ini dan akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Perlis terutama pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Lihat gambar :