Pada petang ini telah berlangsung majlis ringkas Penyerahan Kurma sumbangan YAB Perdana Menteri dan Kuih Raya sumbangan Kerajaan Negeri Perlis kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Hospital Tuanku Fauziah dan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar.

Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis. Selain itu, pihak Jawatankuasa Kebajikan Surau Jabatan turut menyumbangkan sebanyak 50 unit sejadah, 10 telekung dan 10 kain pelikat untuk kegunaan warga Jabatan selaras dengan langkah-langkah pencegahan COVID-19. Terima kasih YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perlis.