3 Jun 2020

Penyerahan Personal Protective Equipment (PPE) Hasil Jahitan Sukarelawan dari Kolej Komuniti dan Persatuan IKRAM Negeri Perlis.

Penyerahan PPE telah disempurnakan oleh En. Zainudin bin Yahya, Pengarah Kolej Komuniti dan juga Dr Muhammad Juhairi Aziz bin Safar, Timbalan Yang Dipertua IKRAM Perlis kepada Pn. Nor Azlina bt. Bakar, TPKN (Farmasi) yang mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah berganding bahu menjayakan program penghasilan PPE ini. Usaha murni ini adalah cerminan kepada sokongan padu yang diberikan kepada petugas-petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Lihat gambar :