Sumbangan Isolation Gown untuk kegunaan para petugas kesihatan di negeri Perlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama-sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin bin Hashim.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan atas sumbangan PPE yang telah diberikan. Ternyata ini merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada para petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mendepani wabak COVID-19.

Lihat gambar: