Tarikh : 10 hingga 11 Ogos 2020
 
Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Norhayati bt Rusli menjalankan sesi lawatan kerja ke Negeri Perlis bagi melihat kesiapsiagaan dan operasi pencegahan dan kawalan Jabatan Kesihatan Perlis dalam membendung Pandemik Covid-19 terutama di kawasan TEMCO. Antara fasiliti yang dilawati ialah Kawasan TEMCO Kuala Sanglang dan Kolej Jururawat Kangar. Selain bermesyuarat di Jabatan Kesihatan serta Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar.
 
Lihat gambar :