14 Jun 2021 : Bersempena dengan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Negeri Perlis yang ketiga di Dewan Warisan pada hari ini, pihak Jabatan ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang yang telah menghadiahkan peralatan berupa 11 unit Kerusi Roda untuk kegunaan PPV.
 
Sehingga kini, pihak Jabatan telah menerima sumbangan sebanyak 17 unit kerusi roda yang telah diagihkan untuk kegunaan di ketiga-tiga PPV Negeri Perlis (Dewan 2020, Dewan Seri Melati dan Dewan Warisan).
 
Semoga segala usaha murni para penyumbang ini akan dapat membantu melancarkan urusan di PPV dan meningkatkan lagi motivasi anggota kesihatan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Negeri Perlis.