Bahagian Pengurusan

 

PENGENALAN

  • Memberi perkhidmatan pentadbiran dan pengurusan yang cepat, berkesan dan berkualiti.
  • Salah satu komponen utama yang mendokong kepada pencapaian visi dan misi Jabatan.
  • Melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuhkan dan memantapkan sistem penyampaian sedia ada serta menyokong pelaksanaan program bahagian-bahagian lain.
  • Tulang belakang kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis terutama dalam pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan pembangunan jabatan.

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN

FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

i.    Merancang, melaksana, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi pengurusan sumber manusia merangkumi aktiviti perjawatan, perkhidmatan, penempatan, penilaian prestasi, tatatertib dan integriti bagi mengoptimumkan kecekapan sumber manusia.

ii.    Merancang, melaksana, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi pengurusan kewangan merangkumi aktiviti belanjawan, perbelanjaan dan terimaan selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.

iii.    Merancang, melaksana, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi pengurusan pembangunan yang berlandaskan keperluan sebenar di lapangan dalam memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan.

iv.    Merancang, melaksana, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi pengurusan perolehan sama ada melalui tender, sebutharga atau pembelian terus dalam memastikan pelaksanaan yang teliti, mengikut tatacara yang berkuakuasa dan penuh integriti.

v.    Merancang, melaksana, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi pentadbiran am merangkumi aktiviti pengurusan kenderaan, fasiliti, pengurusan keselamatan (bencana, fizikal dan dokumentasi), pengurusan kuarters dan premis demis dalam memastikan kecekapan pelaksanaan melalui mekanisme yang jelas.

vi.    Merancang, melaksana, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi pengurusan teknologi maklumat merangkumi pengurusan pangkalan data dan rangkaian, pengurusan perkakasan dan infrastruktur, pengurusan sistem dan aplikasi, serta pengurusan laman sesawang dan emel rasmi selaras dengan usaha pendigitalan perkhidmatan.

vii.    Merancang, melaksana, memantau dan memberi khidmat nasihat bagi pengurusan perkhidmatan psikologi kaunseling dalam mencapai objektif pemantapan modal insan, peningkatan keberkesanan perkhidmatan dan memperkukuh kesejahteraan komuniti.