PENGENALAN
Program Perubatan diperingkat negeri Perlis, diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) yang telah dipertanggungjawabkan dalam semua aspek penyediaan perkhidmatan rawatan perubatan melalui hospital. Bahagian Perubatan terdiri daripada 6 unit yang berfungsi seperti berikut:
1. UNIT PERKEMBANGAN PERUBATAN
- Merancang dan memantau pembangunan sumber manusia bagi program perubatan.
- Merancang, menyelaras dan memantau prestasi dan keperluan peruntukan kewangan bagi program perubatan.
- Merancang dan memantau latihan dalam perkhidmatan bagi Program Perubatan.
- Memantau projek-projek pembangunan di bawah program perubatan dan hospital.
- Menyelaras laporan hospital ke KKM secara berkala.
- Menyelaras permohonan attachment dan posting elektif di hospital
- Memantau pelaksanaan Echo-Training Clinical Guidelines (CPG)
- Menyelaras dan memantau penggunaan MyCPD oleh anggota kesihatan Negeri Perlis yang terbabit
- Menyelaras permohonan perakuan amalan tahunan pegawai perubatan setiap tahun.
2. UNIT KAWALAN AMALAN PERUBATAN SWASTA
- Melaksana dan menguatkuasakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan peraturan-peraturannya serta perintah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
- Memproses permohonan yang berkaitan dengan pendaftaran dan pelesenan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang melibatkan klinik perubatan dan pergigian swasta, hospital swasta, hospital psikiatri swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, rumah jagaan kejururawatan swasta, rumah kejururawatan psikiatri swasta, rumah bersalin swasta, bank darah swasta (termasuk cord blood bank), pusat hemodialisis swasta, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan lain-lain.
- Mengendalikan aduan dan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan perkara yang berkaitan dengannya.
- Mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta 586 termasuk peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti yang berterusan.
3. UNIT KUALITI
- Menyelaras Program Quality Assurance, Hospital Specific Approach(HSA) dan District Specific Approach(DSA).
- Menyelaras dan memantau aktiviti Penyelidikan di peringkat negeri.
- Menyelaras dan memantau aktiviti akreditasi hospital.
- Memberi pengetahuan dan pendedahan dalam proses pelaksanaan dan mengimplementasikan dalam kemudahan kesihatan.
- Memastikan indikator-indikator kualiti dijalankan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
- Memastikan perkhidmatan berkualiti dan berterusan di hospital dan klinik kesihatan.
- Merancang dan mengukuhkan aktiviti pelaksanaan Pain As 5th Vital Sign dan Program Bebas Kesakitan di peringkat negeri, hospital dan pejabat kesihatan daerah.
- Memantau pencapaian Performance Indicator Surveillance Program Perubatan.
- Menyelaras dan memantau aktiviti peningkatan kualiti seperti Clinical Audit, pembudayaan inovasi dan LEAN Healthcare di hospital.
- Memantau piagam pelanggan teras KKM
- Menyelaras dan memantau aktiviti Patient Safety peringkat hospital dan klinik kesihatan.
- Memantau pelaporan insiden
- Menyelaras dan memantau aktiviti State Infection Control and Antibiotic Committee (SIACC)
- Menguruskan latihan kualiti di peringkat negeri.
4. UNIT PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
- Memastikan Penolong Pegawai Perubatan di Bahagian Perubatan dan Hospital Negeri Perlis mempunyai Annual Practise Certificate (APC) yang sah dari Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
- Memantau tatakelakuan dan prestasi kerja Penolong Pegawai Perubatan Bahagian Perubatan dan Hospital Negeri Perlis termasuk pelaksanaan Kod Etika Pembantu Perubatan.
- Membantu Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri memantau dan memberi tunjuk ajar kepada Penolong Pegawai Perubatan yang menjalani Program Penempatan Wajib (PPW) .
- Membantu Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri dalam menyediakan garis panduan, S.O.P dan protokol bagi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Perlis
- Mengadakan Kursus, Bengkel ,Latihan , CME , Konfrens untuk Penolong Pegawai Perubatan secara berkala.
- Memastikan Penolong Pegawai Perubatan Bahagian Perubatan dan Hospital Negeri Perlis menjadi ahli Kesatuan dan Persatuan Pembantu Perubatan.
- Membantu Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri dalam Pembangunan dan Penilaian berterusan ke atas perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
- Menetapkan piawaian amalan kerja
- Membantu Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri dalam justifikasi keperluan penambahan jawatan dan kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan di semak dari semasa ke semasa.
- Membantu Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri dalam perancangan perkembangan kerjaya dan pensiswazahan Penolong Pegawai Perubatan.
- Membantu Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri dalam peranan Penolong Pegawai Perubatan di dalam program Expanded & Extended skop.
- Memberi input teknikal dan khidmat nasihat Perkhidmatan.
- Membantu Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri menyediakan keperluan sumber manusia bagi perkhidmatan yang sedia ada dan baru.
5. UNIT REKOD
- Memantau laporan statistik Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan di peringkat negeri.
- Memantau pelaksanaan dan laporan statistik Sistem Casemix di peringkat negeri
- Menguruskan penerbitan dan pengedaran Buku-Buku Laporan Tahunan Jabatan dan Fakta Kesihatan di peringkat negeri.
- Menguruskan proses Penubuhan Lembaga Perubatan yang dipohon oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
- Memantau dan menyelia bagi memastikan hospital mematuhi Garispanduan Pengurusan Rekod Perubatan dan Pengurusan Laporan Perubatan serta sebarang arahan atau pekeliling berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
- Memantau prestasi KPI dan HPIA berkaitan rekod perubatan
- Merancang keperluan kursus/latihan untuk meningkatkan perkhidmatan unit rekod perubatan hospital.
- Menyedia laporan bulanan dan tahunan kepada pihak Kementerian.
6. UNIT KEJURURAWATAN
- Memantau pencapaian NNA/NNIA/KPI kejururawatan yang ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
- Menyediakan sistem penjagaan kesihatan (Kejururawatan) mengikut standard yang ditetapkan.
- Memantapkan pelaksanaan dan pemantauan perkhidmatan kejururawatan.
- Meningkatkan pengetahuan, kompetensi dan kemahiran jururawat dalam setiap perawatan dan perkhidmatan yang diberikan.