Mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
Misi Jabatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama;
Kita percaya bahawa Agama merupakan asas yang akan menjadi panduan. Oleh itu tugas kita adalah amanah yang dipertanggungjawabkan.
Kita mesti mengamalkan Profesionalisme beretika, komitmen yang tinggi dan sentiasa berdisiplin. Kita sentiasa mengikut peraturan dan prosedur serta berjanji menjadi anggota yang boleh dipercayai
Kita menghargai Kerja Berpasukan dengan mengutamakan pencapaian pasukan melebih matlamat individu. Kita menggalakkan perbincangan isu secara terbuka, tetapi bila keputusan dibuat, komitmen adalah diharap dari semua orang. Kita semua faham bahawa kejayaan organisasi kita bergantung kepada pasukan berkesan.
Kita positif terhadap perubahan dan Bersedia Berubah Untuk Kecemerlangan. Oleh itu, kita menghargai idea-idea baru, inovasi dan berkreatif. Di samping itu, kita bersungguh-sungguh mencapai tahap kualiti tertinggi di dalam semua aktiviti dengan berusaha untuk memperbaki apa yang dilaksanakan setiap hari.
Kita adalah Organisasi Penyayang yang melayani anggota dan penerima perkhidmatan secara hormat menghormati, bersopan santun, jujur, beramah mesra dan bersikap telus.
Kita sangat Menghargai Pelanggan. Pelanggan merupakan tumpuan utama perkhidmatan kita. Kita akan menyediakan perkhidmatan yang serasi pelanggan, mudah didapati, maklumat yang segera dan tepat dengan kos yang berpatutan