Talian panas

Bekalan darah diperlukan secara berterusan. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung, pendermaan darah adalah perkhidmatan penting dan perlu diteruskan.

Jangan risau, menderma darah adalah selamat. Virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19 adalah virus respiratori. Tiada kes jangkitan coronavirus dilaporkan melalui pendermaan dan penerimaan darah sepanjang dua dekad ini (merujuk kepada wabak SARS dan MERS-CoV yang lalu)

Tuan tuan dan puan puan boleh menderma darah di pusat pendermaan statik berikut. jangan lupa membawa buku merah atau dapatkan slip pendermaan di post sebelum ini ya.

1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu & Ahad : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin : Tutup
Selasa – Jumaat : 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu & Ahad : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

4. Tabung tabung darah berdekatan.

Sebarang pertanyaan berkenaan pendermaan darah boleh hubungi talian yang tertera, dari 8 pagi hingga 5 petang hari bekerja.