Hari Keselamatan Makanan Sedunia diraikan pada 7 Jun setiap tahun.

Hari ini diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bansa Bersatu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat sedunia di samping menggesa kita untuk mengambil tindakan sewajarnya mengenai isu keselamatan makanan.

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama.

5 langkah untuk memastikan penglibatan semua pihak adalah:

1. "Pastikan Selamat"-Kerajaan perlu memastikan bekalan makanan selamat dan berkhasiat untuk semua.
2. "Penanaman Selamat"-Petani dan penternak perlu mengamalkan amalan pertanian/ penternakan baik.
3. "Kekalkan Selamat"-Pengusaha makanan mesti memastikan makanan disediakan, disimpan dan diedar secara selamat.
4. "Semak Supaya Selamat"-Pengguna perlukan akses kepada maklumat tepat, jelas dan boleh dipercayai mengenai risiko pemakanan dan penyakit yang berkaitan dengan pilihan makanan mereka.
5. "Kerjasama Untuk Keselamatan Makanan"-Semua stake holder keselamatan makanan sama ada pihak kerajaan atau bukan kerajaan dan pengguna perlu bekerjasama untuk menangani isu keselamatan makanan.

Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia.

#bkkmjknperlis
#worldfoodsafetyday
#foodsafetyeveryonesbusiness