Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dr./Tuan /Puan, 

Sukacita dimaklumkan bahawa Perkhidmatan MyGovUC 2.0 akan ditambah baik melalui pelaksanaan resolusi baharu yang bertujuan untuk meningkatkan kestabilan dan menjamin keselamatan perkhidmatan. 

Melalui resolusi baharu ini, platform sedia ada Perkhidmatan MyGovUC 2.0 yang mengunakan IceWarp secara on-premise akan ditukar menggunakan Google Workspace (GWS) yang berasaskan cloud. Penukaran platform ini adalah selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021 - 2025. Proses pertukaran platfrom IceWarp kepada Google Workspace (GWS) dijadualkan akan dilaksanakan bermula 13 Disember sehingga 31 Disember 2021. 

Untuk makluman, pertukaran platform email ini tidak melibatkan sebarang Migrasi Data Email (Zero Migration), sehubungan dengan itu pengguna dinasihatkan untuk melaksanakan langkah-langkah kendiri berikut :

1) 29 November - 5 Disember 2021 : Melaksanakan aktiviti Housekeeping Emel dan Kalendar

2) 6 Disember - 10 Disember 2021 : Melaksanakan aktiviti Backup Emel, Kalendar dan Contact

3) 6 Disember - 10 Disember 2021 : 

- Pengguna akan menerima emel jemputan IceWarp bagi proses pengaktifan emel baharu GWS.       

4) 13 Disember - 31 Disember 2021 :            

- Dalam tempoh ini, pengguna masih boleh Log ke akaun IceWarp untuk view email sahaja. Pengguna juga masih boleh membuat backup Email di IceWarp.

- Proses Transaksi Keluar dan Masuk Email (Go Live) di Platform GWS.

5) 31 Disember 2021 : Email IceWarp ditutup sepenuhnya.

6) 1 Januari 2022 : Bermula Penggunaan Emel Google Workspace (GWS) sepenuhnya.

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Sekian, terima kasih.

Unit Teknologi Malumat, Bahagian Pegurusan,

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.