Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) adalah pakej SIHAT SEPANJANG HAYAT bagi MANFAAT rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.
ANMS telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.
ANMS menggunakan pendekatan Whole of Nation iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh.
Penyertaan semua pihak ini adalah sangat penting bagi menjayakan ANMS kerana setiap pihak mempunyai peranan masing-masing dan tanpa sokongan erat akan menjejaskan pencapaian ANMS untuk menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat sebagai satu keutamaan.
Sehubungan itu bagi mengukuhkan lagi peranan dan pelaksanaan ANMS ini, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Kabinet ANMS pada 16 Jun 2021 seperti berikut:
i. Jawatankuasa Kabinet ANMS, dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
ii. Jawatankuasa Pemandu ANMS, dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan
ANMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.
ANMS dilaksanakan secara berfasa selama 10 tahun. Penentuan bagi fasa adalah bergantung kepada isu kesihatan semasa.
4 Teras ANMS
MAKLUMAT LANJUT :