Page 181 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 181

|   181







            12.0   MS ISO 9001: 2015

                 Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis sedang dalam proses pensijilan MS ISO 9001:2015  pada tahun 2017.  Skop
                 merangkumi  lokasi berikut :

                 1.  Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) Negeri Perlis
                 2. Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kangar yang merangkumi:

                   a)  Klinik Pergigian Primer- KP Kangar,KP Beseri,KP Padang Besar , KP Kaki Bukit ( termasuk Pasukan Pergigian
                      Bergerak Sekolah Rendah,Pasukan Pergigian Sekolah Menengah, Pasukan Pergigian  Bergerak Pra Sekolah dan
                      Klinik pergigian Bergerak)
                    b) Klinik Kepakaran - Klinik Pakar Pergigian Ortodontik, Klinik Pakar Pergigian Periodontik dan Klinik Pakar
                        Pergigian Restoratif.

                 3.  Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Arau

                           a) Klinik Pergigian Primer - KP Arau, KP Kampung Gial, KP Kuala Perlis , KP
                           Kuala  Sanglang dan KP Simpang Empat ( termasuk Pasukan Pergigian
                           Bergerak Sekolah  Rendah, Pasukan Pergigian Bergerak Sekolah Menengah
                           dan Pasukan Pergigian  Bergerak Pra Sekolah).


            13.0   PROJEK KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK) / INOVASI

                 Pada tahun 2017 ,4 projek inovasi baru telah dicadangkan tetapi belum ada projek yang berjaya diselesaikan pada tahun
                 2017. Bagi projek KIK pula, kumpulan telah mennggunakan format KIK Horizon Baharu bagi tahun 2017 dan masih dalam
                 fasa pembangunan projek (Jadual 30).


                                        Jadual 30.  Senarai Projek INOVASI / KIK

                    Projek     BIL            TAJUK                       Status
                     KIK       1.    Tiada                   Masih dalam fasa pembangunan projek
                               1.    Inovasi program toddler  Prototaip selesai
                               2.    MyGG Diary              Pembangunan projek – 80% selesai
                    Inovasi    3.    Portable spittoon       Fasa penghasilan prototaip
                               4.    Friendly toothbrush     Fasa penghasilan prototaip


              14.0   LATIHAN

                 Sumber manusia merupakan aset yang paling penting bagi mewujudkan organisasi      yang cermerlang. Oleh yang
                 demikian,  latihan dalam perkhidmatan  diberi penekanan supaya pengetahuan dan kemahiran penjawat awam dapat
                 dipertingkatkan. Penjawat awam diberi peluang untuk menghadiri latihan berbentuk seminar, kursus, taklimat, pendidikan
                 berterusan yang dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian dan juga agensi / organisasi lain.
                 Mengikut PKPA, setiap anggota dikehendaki menghadiri latihan sebanyak 7 hari dalam setahun. Jadual 30 menunjukkan
                 bahawa 99.7 % penjawat awam kesihatan pergigian yang telah menghadiri latihan sekurang-kurangnya 7 hari bagi tahun
                 2017.
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186