Page 19 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 19

|   19







                  33   Ortodontik                                -                  -
                  34   Patologi Anatomi                          -                  -
                  35   Gastrointestinal Endoscopy                -                  -
                  36   Perawatan Kardiovaskular                  -                  1
                  37   Perawatan Kesihatan Mental                -                  1
                  38   Neurofisiologi Klinikal                   -                  -
                  39   Pengimejan Payudara                       -                  -
                  40   Pengkhususan Kaunseling HIV/AIDS          -                  2
                                JUMLAH                           22                26

                   CABARAN SEMASA
                   Didapati kursus yang ditawarkan dalam setahun tidak cukup untuk semua anggota jabatan bagi mencukupkan 7 hari
                   berkursus dalam setahun seperti yang dikehendaki  dalam Pekeliling  Perkhidmatan Awam. Sesetengah anggota di
                   peringkat PTJ tidak diberi peluang dan makluman tentang kursus yang dianjurkan oleh Unit Latihan.


                   Sebab-sebab Utama
                   •  PTJ-PTJ sering menghadapi masalah kekurangan anggota dan sukar untuk memberi pelepasan anggota untuk
                      menghadiri kursus.
                   •  Berikutan penangguhan pelaksanaan dasar berkursus tujuh (7) hari setahun seperti yang digariskan di bawah
                      Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun 2005 ‘Dasar  Latihan Sumber Manusia Sektor Awam’ (PP6 /2005).


                   Strategi
                       Membuat perancangan dengan lebih awal bagi mengendalikan kursus kursus dengan memohon peruntukan
                          dengan mencukupi;
                       Mengadakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan dengan memanggil sebanyak mungkin peserta kursus dari
                          PTJ-PTJ;
                       Perhimpunan pagi atau tazkirah pagi diadakan dan kehadiran peserta direkodkan dalam buku kedatangan
                          untuk dimasukkan ke dalam Sistem SP7 (mengantikan Buku Log Latihan KKM).
               D.  UNIT HRMIS
                   Pendahuluan
                   Unit HRMIS di Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mula ditubuhkan pada Oktober 2010.
                   Tujuan Unit HRMIS ditubuhkan adalah bagi memastikan semua pegawai di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
                   melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) selaras dengan visi matlamat Kerajaan
                   Elektronik serta memastikan HRMIS sentiasa relevan dalam pengurusan sumber manusia sektor awam melalui
                   penambahbaikan berterusan. Unit HRMIS bertindak sebagai helpdesk bagi membantu pengguna-pengguna
                   HRMIS di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Aduan-aduan yang diterima adalah sama ada melalui telefon, e-mel
                   dan bersemuka. Selain itu, Unit HRMIS juga bertindak memantau pelaksanaan HRMIS di Jabatan Kesihatan
                   Negeri Perlis mengikut modul-modul yang wajib digunapakai. Unit HRMIS terdiri daripada seorang Penolong
                   Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29 dan dua orang Pembantu Tadbir (P/O), Gred N19.


                   Objektif Unit
                   Objektif Unit HRMIS ialah:

                      1.   Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan
                          melalui maklumat pengurusan sumber manusia;
                      2.   Mengautomasikan proses operasi pengurusan sumber manusia;
                      3.   Membangunkan  maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan
                          perancangan sumber manusia yang berkesan;
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24