Page 14 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 14

14   |







                         Jadual 1.3.4 : Pengisian Jawatan Kumpulan Gunasama Dan Sokongan Tahun 2017
                                                              JUMLAH
                             JAWATAN / GRED                  JAWATAN     PENGISIAN   % PENGISIAN
            Penolong Pegawai Tadbir N29 – N36                   13          12          92.3
            Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N29– N32  6           4           66.7
            Penolong Pegawai Tadbir (Stor) N29– N32             4           4           100
            Pembantu Tadbir (P/O) N19 – N26                     188         180         95.7
            Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 – W22                55          50          90.9
            Pegawai Khidmat Pelanggan N19                       22          18          81.8
            Pemandu Kenderaan R3 – H14                          120         110         91.7
            Pembantu Perawatan Kesihatan U3 – U16               419         365         87.1
            Pekerja Awam R1-H14                                 115         105         91.3
            Lain-Lain Jawatan                                   126         115         91.3
                                JUMLAH                         1068         963         90.1
                        Urusan Sumber Manusia

                        Urusan perkhidmatan bertanggungjawab dari segi pelantikan, perletakan jawatan sehingga anggota bersara.
                        Ianya meliputi aspek pengurusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen,
                        kenaikan pangkat, cuti dan lain-lain yang merangkumi aspek perkhidmatan. Perjawatan ianya merangkumi
                        permohonan perjawatan dan data perjawatan sentiasa dikemaskini. Manakala HRMIS  ianya juga merangkumi
                        data HRMIS, Latihan pula memastikan penjawat awam bagi lantikan baru menghadiri Program Transformasi
                        Minda (PTM) dan ianya juga merangkumi kursus atau latihan secara dalaman dan luaran bagi kakitangan
                        Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.


                  C.      UNIT LATIHAN
                          Selaras dengan objektif penubuhan Unit Latihan, unit ini bertanggungjawab dalam menjalankan kursus dan
                          latihan kepada pegawai dan anggota Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Kursus dan Latihan yang dijalankan
                          bagi tujuan meningkatkan kompetensi pegawai dan anggota.

                  Fungsi Unit Latihan
                  Unit Latihan bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :

                    Menentukan latihan dan peperiksaan yang perlu kepada anggota supaya dapat memberi kesan kepada keperluan
                      perkhidmatan;

                    Menyediakan latihan atau mengambil tindakan lain untuk mencapai tahap kemahiran yang di perlukan;

                    Menilai keberkesanan tindakan yang di ambil;
                    Memastikan  anggota sedar mengenai  hubungan  dan kepentingan  aktiviti  mereka dan bagaimana  mereka
                      menyumbang kepada pencapaian objektif kualiti; dan
                    Mengekalkan rekod mengenai pendidikan, latihan, kemahiran dan pengalaman.

                  Aktiviti Unit Latihan
                  Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Latihan sepanjang tahun 2017 berdasarkan peruntukan
                  sebanyak RM 9,900 yang diterima bagi penganjuran Program Transformasi Minda dan RM 32,500.00 bagi Latihan
                  Dalam Perkhidmatan:

                  (a)  Program Transformasi Minda
                      Unit Latihan, JKNPs telah menghantar seramai 5 orang peserta untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19