Page 26 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 26

26   |







           3.     BAHAGIAN PENGURUSAN: UNIT KEWANGAN

                          Unit Kewangan berfungsi untuk memantau pelaksanaan pengurusan kewangan yang teratur dan efisyen bagi
                          bagi semua PTJ2 di bawah seliaan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Terdapat 4 PTJ2 di bawah JKN Perlis
                          iaitu Hospital Tuanku Fauziah, Pejabat Kesihatan Daerah Kangar, Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan
                          Negeri (Pergigian) dan Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi).
                  3.1     FUNGSI UNIT

                         Sebagai PTJ1, Unit Kewangan JKN Perlis bertanggungjawab melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
                         1.1.1   Menyelaras agihan waran peruntukan di bawah Belanja Mengurus seperti yang dipersetujui oleh
                                 Pegawai Pengawal dan Ketua Program.
                         1.1.2   Pemantauan  Prestasi  Perbelanjaan  PTJ2 dibawah seliaan  JKN Perlis  melalui  Jawatankuasa
                                 Pengurusan Kewangan dan  Akaun (JPKA) dan penyediaan  laporan-laporan  bulanan  ke
                                 Kementerian Kesihatan Malaysia.
                         1.1.3   Mengurus proses bayaran bagi perolehan, gaji dan elaun-elaun kakitangan.
                         1.1.4   Memproses Pinjaman Komputer, Pinjaman Kenderaan dan Pinjaman Perumahan  bagi semua
                                 kakitangan JKN Perlis.
                         1.1.5   Mengurus Kutipan Hasil jabatan.

                  3.2     PENCAPAIAN KEWANGAN

                          Perbelanjaan Mengurus
                          Pada tahun 2017, JKN Perlis telah menerima peruntukan sebanyak RM302.79  juta (2016 :RM299.91 juta) di
                          bawah Belanja Mengurus. JKN Perlis telah membelanjakan sebanyak RM306.42 juta (2016: RM280.95 juta)
                          dan prestasi perbelanjaan berbanding peruntukan adalah bersamaan 101.2% (2016: 93.68%). Perbelanjaan
                          yang telah melebihi peruntukan ini adalah bagi bayaran emolument dibawah Objek Am 10000.  Jadual
                          3.2.1 menunjukkan  jumlah perbelanjaan mengurus mengiku tObjek Am.Secara keseluruhan, perbelanjaan
                          bagi JKN Perlis bagi tahun 2017 telah meningkat sebanyak RM25.47 juta (8.31%) berbanding daripada
                          perbelanjaan bagi tahun 2016.


                               Jadual 3.2.1:Jumlah Perbelanjaan Mengurus Mengikut Objek Am


                                                                  Prestasi Perbelanjaan
                                 Objek Am
                                                                (RM)               %
                     10000       Emolumen                      208,607,744        103.32
                     20000       Perkhidmatan dan Bekalan      97,619,650          96.96
                     30000       Aset                              0               0.00
                     40000       Pemberian & Kenaan Tetap        12,734            93.87
                     50000       Perbelanjaan Lain                 0               0.00


                    Jadual  3.2.2  pula menunjukkan  perbelanjaan  mengurus  tahun  2017mengikut  program. Empat (4) Program
                    telahmencatatkan  prestasi perbelanjaan melebihi peruntukan iaitu Program Pengurusan, Kesihatan  Awam,
                    Perkhidmatan Farmasi dan juga Bahagian Keselmatan dan Kualiti Makanan.Perbelanjaan melebihi peruntukan ini
                    adalah sebabkan oleh perbelanjaan emolumen yang melebihi peruntukan.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31