Page 3 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 3
VISI & MISI | iii
| iii
Visi
Sebagai rakan pembangunan negara, jabatan ini akan menjadi peneraju dan penggerak utama
ke arah penjagaan kesihatan yang mapan dan jitu. Justeru masyarakat akan mengecapi tahap
kesihatan yang optima tanpa ada golongan yang disisih, dengan memperkasakan setiap
individu melalui komitmen sepenuhnya daripada semua anggota kesihatan, demi kemakmuran
Malaysia.
Misi
Jabatan ini komited untuk memperkasakan masyarakat Perlis bagi membuat keputusan yang
bijak terhadap kesihatan diri dan keluarga melalui:
• Perkhidmatan promotif, preventif kuratif dan rehabilitatif,
• Kerjasama dan kolaborasi dengan agensi berkaitan,
• Penglibatan aktif dari masyarakat,
• Program promosi kesihatan dan
• Penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan kesihatan
Kami membudayakan nilai-nilai agama, profesionalisma, kerja berpasukan, bersedia
berubah untuk kecemerlangan, penyayang, menghargai pelanggan dan menjadi con-
toh tauladan.

