Page 5 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 5
| v
Perutusan pengarah | v
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Laporan Tahunan 2017 dapat
diterbitkan. Syabas diucapkan kepada sidang pengarang laporan tahunan 2017 JKN Perlis di atas daya usaha dalam menyiapkan
laporan ini.
Laporan Tahunan ini merupakan kompilasi dokumentasi perlaksanaan aktiviti dan hasil segala usaha pencapaian semua bahagian
di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis pada tahun 2017. Semoga kejayaan dan pencapaian yang didokumenkan sepanjang tahun
2017 ini adalah sebagai penandaaras bagi memastikan kualiti perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada penduduk negeri
Perlis dapat disediakan pada tahap piawaian yang ditetapkan dan pencapaian yang lebih cemerlang diberikan pada tahun-tahun
akan datang.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota perkhidmatan di Jabatan ini yang telah berkhidmat dengan ikhlas,
amanah, profesional dan bekerja sebagai satu pasukan serta mengamalkan budaya korporat yang diterapkan oleh Kementerian
Kesihatan dalam mencapai misi dan visi Jabatan. Semoga semangat kerja dan komitmen yang tinggi dapat ditingkatkan dan setiap
anggota jabatan akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab untuk kesejahteraan bangsa
dan negara.
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan penerbitan Laporan Tahunan 2017 dan
menjadikannya sebagai satu kenyataan.
“Selamat Maju Jaya”.
Sekian.
“ Penyayang , Kerja Berpasukan dan Profesionalisme Adalah
Budaya Kerja Kita”
Dr. Sirajuddin Bin Hashim (MPM 28434)
Pengarah Kesihatan Negeri Perlis

