Page 42 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 42
42 |
Rajah 3: Pencapaian Immunisasi Kanak-Kanak Negeri Perlis, 2013-2017
100 99.999.5 98.899.299.1 96.4 99.2 95.7 94 97.598.6 95.2
95 90 92 91.6 89.8 89.3
90 87 84 85.8
85
80
75
70
65
60
55 2013
50
45 2014
40
35 2015
30
25
20 2016
15
10 2017
5
0
Program Saringan Hypothyroid Kongenital Kebangsaan
Program ini telah dimulakan di negeri Perlis pada tahun 2002. Objektif program adalah untuk mengurangkan morbidity dan
mortality bayi dan kanak-kanak melalui pengesanan dan rawatan awal kes ’Congenital Hypothyroid’. Pada tahun 2017,
5125 bayi telah disaring berbanding 4869 bayi pada 2016. Terdapat 2 kes Congenital Hypothyroid di kesan pada tahun 2017
dan rawatan kepada bayi ini telah dimulakan dalam masa 14 hari .
Program Kesihatan Sekolah
Semua pelajar sekolah Tahun 1 dan 6 serta Tingkatan 3 telah diperiksa pada tahun 2017. Pencapaian imunisasi untuk
pelajar sekolah adalah 100% untuk pelalian ATT manakala pelaian Measles/Rubella dan Double Antigen mencapai 98.9%
(Rajah 4). Program pelalian HPV (Human Papilloma Virus) untuk mencegah kanser servik diperkenalkan pada tahun 2010
untuk pelajar perempuan tingkatan satu atau remaja perempuan berusia tiga belas tahun. Pada tahun 2017 bilangan murid
perempuan tingkatan satu dari semua sekolah bantuan kerajaan dan swasta (33 buah) di negeri Perlis adalah 1909 orang.
Seramai 1876 (98.3%) memberi persetujuan untuk suntikan HPV dan dari jumlah tersebut 1875 (99.9%) disuntik dos
pertama. Dari jumlah pelajar yang disuntik dos pertama, 1873 (99.8 %) menerima dos kedua. (Rajah 5).

